Jumaat, 1 Februari 2013

Senyuman Rinduku yang Terhalang

Tersenyum aku sendiri malam ini. Bertemankan lagu-lagu dari playlist telefon bimbit yang aku tetapkan sendiri. Senyumku memikirkan apalah yang akan kujalani pada hari esok kerana esok ku akan bersua muka dengannya untuk latihan hoki pada sebelah petang.
Ku akui, ada kalanya aku kurang selesa apabila berada berhampiran dengannya. Namun ku akui juga, aku mahukan dia untuk memberi perhatian lebih kepadaku. Bukanlah hendak menyuruhnya bersikap pilih kasih, namun aku mengharapkan agar dia mesra & tidak janggal pabila bersamaku.
Sikap profesional amat diperlukan terutamanya dalam keadaan ku yang seperti ini. Hatiku berasa seperti dihiasi rimbunan renek yang rendang menyejukkan setiap kali dia memanggil namaku. Terasa bagaikan suatu keselesaan yang tidak dapat kugambarkan! Aku bersyukur dia masih sudi menjernihkan keadaan ini. Aku sangat-sangat menghargainya. Aku juga sangat menghargai layanan baiknya yang semakin meningkat dari hari ke hari selepas insiden SMS itu. Alhamdulillah .. Syukran ya Allah ..
Malam ini akan kulelapkan mata ini dengan harapan esok akan lebih membahagiakan ku & semua. InsyaAllah .. Selamatkan malam, jom? :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan