Sabtu, 31 Mei 2014

Apa Yang Kau Takut Dengan Hujan?

Apa yang kau takut dengan hujan?

Kala hadirnya kau meneduh
Kala hadirnya kau mengeluh.

Apa yang kau takut dengan hujan?

Titisannya suci kau anggap kotor
Padahal dingin airnya juga yang kau teguk.

Apa yang kau takut dengan hujan?

Hadirnya kau mengeluh
Perginya jua kau mengeluh.

Apa yang kau takut dengan hujan?

Belajarlah untuk bersyukur
Turunnya hujan adalah untuk menyubur
Bumi gersang yang kian uzur.

Selasa, 27 Mei 2014

Mengufuk

Kau tahu
Saat hati dia ini kontang.

Tak perlu lagi kau datang
Dia tak mahu serbi berdendang
Apa yang tinggal hanya kecundang
Yang hirisnya nyata dijulang-sayang.

Kau tahu
Saat hati dia mengempis.

Jangan kau curah likat manis
Nilai tiada dalam tiap tangis
Apa dikata segalanya hamis
Kosong sajakan dia renjis.

Kau tahu
Saat hati dia ini bisa dibentuk.

Kau yang dia tunggu teruk
Gembira mahunya jika kau memujuk
Hargai olehnya buat kau tiap lekuk
Hilang sayang bagai lama dirasuk.

Ya,
Saat hati dia ini bisa dibentuk
Kau pula lagi jauh mengufuk.

Sabtu, 10 Mei 2014

Jangan Angkuh

Sejak kita 'perang dingin' hari tu, kita macam dah jauh. Ya, memang kita dah berbaik. Tapi aku rasa macam lain. Tak macam selalu. Kenapa ya ? 
Kau tak suka aku lagi ? Kau tak suka cara aku ? Atau kau dah mula bosan dengan aku ? Kau memang ada yang lain ? Ke, kau tak nak berkawan dengan budak sekolah ?
Kadang-kadang kau datang rapat sangat cari aku. Lepas tu kau lari jauh-jauh sampai aku tak nampak kau lagi. Kau memang macam tu ke ? Aku nak tanya, kau ada apa-apa perasaan tak terhadap aku ? Aku yakin kau tahu aku sukakan kau. Atau sebab tu kau rasa kau tak perlu risau ? Sebab aku memang tunggu kau ? 
Menunggu bukan selamanya. Ada batas dan hadnya. Aku memang bersungguh. Macam-macam aku dah usahakan. Tapi kalau terus macam ni, sesiapa pun akan menyerah kalah. 
Jangan terlalu bajet, poyo, angkuh atau berlagak. Setiap dari kita ni tiada yang sempurna. Kelemahan ada di mana-mana. Sentiasa terlihat kelemahan kita. Kalau tersembunyi pun, hanya kerana Allah swt tidak membuka aib kita. Jika Dia buka, nescaya tak terperi rendahnya kita. 

Selasa, 6 Mei 2014

Entah Mengapa

Entah mengapa
Setiap kali hujan menitis membasahi bumi
Setiap kali itulah ilham datang membanjiri
Dek ketenangan yang amat dalam sekali
Dan juga kedinginan yang menghapus panasnya hari.

Entah mengapa
Setiap kali dirimu kudekati
Setiap kali itulah rasa itu makin bercambah di hati
Dek usikan nakalmu yang tanpa henti
Dan juga senyuman manismu yang mencuit sekecil-kecil hati.

Isnin, 5 Mei 2014

Syukur

Bila titisan hujan merintik halus
Bila udara dingin menggigit deria rasa
Aku hanya berpeluk tubuh
Kaki kusilang rapat
Dan mata merenung langit hitam pekat.

Mungkin tiada jiwa setenang ini
Mungkin tiada rasa senyaman ni
Bahkan mungkin hanya malam ini
Atau malam-malam lain lagi
Malam nan istimewa kurniaan Ilahi
Buat hambaNya yang mahu mengerti
Dan yang tahu menghargai.

Syukur di atas nikmat kurniaan rezeki
Nikmat diberi perasaan di hati
Dan nikmat merasai kasih sayang sejati lagi abadi
Sesungguhnya tidak terdamba lagi diri ini
Melainkan hanya mampu memuji Ilahi tanpa henti.

Dalam kebanyakan waktu
Kita sering bergerak terlalu laju
Hingga tak perasan nikmat membujur kaku
Kadang juga tak endah segala yang berlaku.

Mari berhenti seketika dahulu
Mari merenung sejenak lalu.

Dalam dingin kau rindukan hangat
Dalam hujan kau mahukan mentari
Dalam gelap kau pintakan cahaya
Dalam sunyi kau mohonkan teman
Dalam hiba kau nyanyikan seloka
Dalam semua pemberianNya ini,
Tiadakah satu pun yang kau hargai?

Syukurlah atas nikmat kurniaan rezeki.

Khamis, 1 Mei 2014

Hargai Bahagia

Bebudak uitm ni buat birthday surprise dengan kek bagai kat depan ni pulak. Tak pasal-pasal aku ter'flash back' kelmarin punya hal laa. 

Seumur hidup, sekali jer aku pernah 'dikejutkan' masa birthday. Sampai menangis. Even dah jangka, tapi sweet. Thanks, peace.

Bila kita gagal dengan seseorang tu, tak bermakna semuanya jadi sia-sia. Secara tak langsung, kita belajar. Belajar memahami sikap manusia.
Dan tak semestinya semua tentang dia jadi buruk. Dia pernah buat kita rasa bahagia, simpanlah memori tu. Kenangan terindah.

Sebab tu aku tak kisah pun pasal semua tu. Dan aku bukan jenis yang akan minta balik semua benda yang aku dah bagi. Bila aku buat atau beri sesuatu, mind set aku dah jelas - ikhlas. Takde istilah minta balik atau orang kata 'buruk siku'. 

Bukan apa, selagi kita masih bersama seseorang tu, bahagiakanlah dia & diri kita sendiri sebahagia yang boleh. Hargai setiap masa & rasa yang ada. Esok lusa kita tak tahu apa bakal jadi. 

Sekurang-kurangnya kita punya kenangan yang manis bila teringat pasal dia. Tidaklah buruk semata-mata. At least kita pernah buat dia bahagia & kita turut merasa bahagia.