Isnin, 30 Disember 2013

Niskala

Bila kulihat kau duduk di sebelahku
Ku bersyukur adanya kau di sisiku.

Bila kulihat kau tersenyum kepadaku
Ku gembira adanya kau di sampingku.

Lalu kumohon, jangan pergi.

Suami Aku Ustaz

'Suami Aku Ustaz'

Novel itu sungguh 'sampai'
Kisahnya mengesankan
Mungkin kerana aku membayangkan 'dia'lah ustaz Hafiz
Atau aku yang ralit sendiri.

Yang pasti,
Ustaz Hafiz berjaya membuat aku membacanya berulang kali
Novel yang dulunya kupandang rendah di hati
Kisah yang dulunya ku tak hirau sekali.

Tahniah, Hannah Dhaniyah !

Karya Seni kini menjadi idaman
Bermula Love You Mr. Arrogant
Hinggalah bermacam novel diadaptasikan
Menjadi sebuah naskhah hebat
Di layar perak mahu pun layar kaca.
Sungguh, aku peminat baru Karya Seni.

Tahniah, Karya Seni !

Jumaat, 27 Disember 2013

Sometimes, ..

Sometimes, taking someone's hand is the beginning of a journey.

At other times, it is allowing another to take yours..

Khamis, 26 Disember 2013

Pendominasiku

Maaf.

Bukan niatku mahu berpaling
Bukan mahuku menjarakkan diri
Tetapi aku tidak mampu mengawal rasa hati
Perasaan yang sudah lama kubuang
Kini menjengah kembali.

Tak kusalahkan dirimu yang menyepi
Aku tahu bukannya hatiku mampu kau baca
Namun aku tahu bahawa walaupun sikit, kau juga tahu
Betapa kuatnya rasa ini bermaharajalela
Mungkin kerna itu aku sebegini gusar.

Debar saat terpandangmu
Debar saat kau berada di dekatku
Malah, debar bila kau muncul dalam angan mimpiku.
Semuanya mendebarkan raga
Membuatkan kaku seluruh tubuh
Mengkelamkabutkan semua benda.

Ternyata,
Kau mendominasiku.

Senyuman Penuh Harapan

Malam ini ku didatangi sebuah keluarga berbangsa Cina. Mereka mempunyai dua orang anak lelaki dan salah seorang daripadanya terpaksa berkerusi roda. Mungkin kerana lumpuh atau sebab-sebab lain.

     Aku tertarik pada anak lelakinya itu. Biarpun hanya mampu menggerakkan dari pinggang ke atas sahaja, tetapi dia kelihatan sangat tabah dan kuat. Keterbatasannya seperti tidak langsung mengganggu. Bahkan, dia leka melihat tali pinggang Kamen Rider yang kujual bersama adiknya. Hinggalah ibunya mengajaknya untuk ke tempat lain.

     Sebelum pergi mendapatkan ibunya, sempat dia bertanya padaku,

"Ini kedai mau tutup ke?"
"Ya, dik. Kejap lagi nak tutup."

Senyap.

"Boleh tak jangan tutup?"

Kulihat jam, 9.45 malam. Bermakna aku punya 15 minit sahaja lagi untuk menunggunya.

"Boleh tak jangan tutup?" ulangnya.
"Nanti saya nak datang tengok lagi.."

Tersentuh rasa hati.

"Baiklah. Akak tak tutup, ya?"

Dia senyum, dan aku tahu senyuman itu penuh harapan. Jika aku mampu, kubelikan tali pinggang itu untuknya. Moga Tuhan memudahkan segala kanak-kanak itu.

Seindah Harapan

Terpandang aku pada sekujur tubuh
Meski beza, namun dia seperti kamu.

Bentuk tubuhnya,
Ketinggiannya,
Cara pemakaiannya,
Seiras kamu.

Kulihat sekujur tubuh itu ada temannya
Mungkin itulah panoramanya jikaku bersamamu
Yang mungkin turut disertai oleh cahaya mata kita.
Comel sungguh!

Kuharapkan kita mampu bersama
Mengukir kebahagiaan bersama
Dengan sekecil-kecil perkara hinggalah ke besar-besar perkara.
Dari menemaniku membeli-belah hinggalah menemaniku melahirkan zuriatmu.

Mudah-mudahan ..

Sudut Hati Paling Dalam

Marah mana pun aku
Rajuk mana pun aku
Di sudut hati paling dalam
Aku masih peduli
Aku tetap kasihi.

Walau bagaimana kucuba memalingkan wajah darimu
Ekor mataku tetap mahu melihatmu.
Melihat engkau berdiri sihat
Sudah cukup membahagiakan
Dan cukup untuk menenangkan hatiku.

Meski egoku masih tinggi
Meski rajukku masih berbekas
Kau tetap keutamaan
Dalam setiap siang dan malamku
Kuharap kau pun begitu.

Rabu, 25 Disember 2013

Kembar

Hidup berpasangan ni macam kembar.

Apa kau nak, aku nak.
Apa kau suka, aku suka.
Apa kau makan, aku makan.
Dan apa kau rasa, aku rasa.

Kita kongsi semua dan hadapi semua bersama-sama.
Ya, macam kembar.

Sedarkan!

Masa merangkak perlahan
Menyusuri hari-hari
Mengikut suratan takdir.

Aku mengengsot tertinggal
Oleh masa yang meninggalkan
Tanpa sedar, tanpa kasihan.

Sedarkan aku!
Sedarkan!

Gelagat

Kaku sendiri
Dalam kedinginan hawa menggigit tubuh
Memerhati gelagat manusia
Membeli kehendak duniawi.

Ada kalanya mereka hanya menurut telunjuk iblis
Ada kalanya mereka hanya menjunjung perintah nafsu.

Isnin, 23 Disember 2013

Tolong, Jangan Begitu Lagi

Sayang, lain kali
Jangan buat aku risau begini
Jangan buat aku seriau lagi
Jangan buat aku fikir itu ini
Dan segala perkara buruk yang bakal jadi.

Kau kata kau sedang memandu
Dan nanti kau akan balas mesej aku
Tapi kau lupa nak beritahu
Kredit kau habis beberapa minit yang lalu.

Hati aku tak sedap
Risau aku meluap-luap
Bila panggilanku tiada berjawab.

Sayang, lain kali
Tolong ke tepi berhenti
Bila kau sepatutnya berhenti
Jangan lakukan perkara
Yang mungkin akan mengapa-apakan diri.
Kerna,
Jika apa-apa terjadi padamu
Takkan kumaafkan diriku
Yang mengakibatkan itu berlaku.

Ahad, 22 Disember 2013

Dia

Kumahu dengar suara
Cukup garau dan matangnya.

Kurindui tenang wajah
Bersih dengan nur di mukanya.

Ku tercandu dek senyuman
Manis menyusup ke jiwa seikhlasnya.

Semuanya dia
Segala miliknya.

Patah Tumbuh, Hilang Berganti

"Patah tumbuh, hilang berganti."

Namun, yang patah tak sama dengan yang tumbuh,
Dan yang hilang tak sama dengan yang diganti.

Sabtu, 21 Disember 2013

Kali Pertama

Harapan menggunung
Rasa mendalam
Hati meninggi
Diri tenggelam.

Semua kerananya
Sejak pertama mata terpandang.

Isnin, 16 Disember 2013

Susuran Malam

Menyusur malam

Melayari lautan hitam kelam

Untuk sampai ke destinasi esok

Yang disuluh suria terang benderang.

Ahad, 15 Disember 2013

Dunia

Kita ini hidup di dunia yang soalan orang hanyalah;

"Dah masak ke belum?" daripada bertanyakan,
"Dah makan ke belum?"

"Penyakit ini berjangkit ke?" daripada bertanyakan,
"Kau dah makan ubat?"

Kita juga hidup di dunia yang orang cuma mengatakan;

"Baju kau kotorlah!" daripada bertanyakan,
"Apa yang dah terjadi pada kau?"

"Kau kurang ajarlah!" daripada bertanyakan,
"Apa yang kau pendamkan selama ini?"

"Kau miskin hina!" daripada bertanyakan,
"Apa jenis bantuan yang kau perlukan?"

Jumaat, 13 Disember 2013

Mencari Yang Tersirat Sejak Azali

Kumahukan yang sanggup mempertahan cintanya,
yang tidak mudah berputus asa bila kumenduga,
dan yang setia mendorong usaha serta cita-cita.
Juga yang setulusnya menerimaku dan keluarga,
yang tidak peduli akan asal-usulku apa kaya atau papa.

Bukan yang hanya mahu kupujuk, kurayu sepanjang masa,
yang mahu mengongkong dari pelbagai aspek dan rupa,
atau yang mahu berlagak kuat semata.

Aku wanita jadi aku seharusnya menjadi mahal,
bukan sebegitu murah bersimpuh menjual.

"Perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik.
Begitu juga sebaliknya.
Dan laki-laki yang jahat untuk perempuan yang jahat.
Dan sebaliknya juga."

Kerna itu, ku juga sedang mempersiap diri
Agar aku sedarjat bersama yang bakal di sisi
Waima masih banyak lopak berisi kekurangan diri.

Dia Peduli

Ada kalanya, konflik jiwa begitu menduga
Hinggakan aku lebih rela lena berjam-jam
Daripada memikirkannya.

Ada kalanya, kemelut hidup begitu mencabar
Hinggakan aku lebih suka bersendiri
Daripada merunsingkan kepala.

Tapi, itu tandanya Dia masih peduli, masih sayangi.
Dia mahu aku bergantung padanya bukan hanya melarikan diri.

Ikutkan hati, aku mahu bermusafir sendiri.
Mahu menenangkan jiwa dan minda dengan menjamu mata.
Namun semua itu perlukan asasnya, perlukan pengerasnya.
Aku hanya si papa kedana yang penuh masalah lagi lemah.

Harus kulupakan semua ini dahulu.
Moga Dia masih peduli dan moga Dia membantuku dengan dzatNya yang Maha Agung.

Khamis, 17 Oktober 2013

Biar

Biar bulan bicara

Biar mata terlena

Biar mimpi menyapa

Biar malam tanpa jaga.

Selamat malam, dunia malam.

Isnin, 14 Oktober 2013

Masih Aku Cinta

Biarpun kau tak lagi ada dengan ku
Takkan ku bisa melupakan mu
Caramu memanggil nama ku
Terasa seolah kau masih ada

Jauh di dalam sanubari ku
Tak ku relakan pemergianmu
Namun ku, ’kan selalu doakan mu
Agar kau takkan terus terluka

Kau kan temui bahagia
Walaupun aku tidak bersama
Jangan kau gusar
Aku akan selalu ada
Dari jauh engkau masih ku cinta
Dari jauh aku masih mencinta

Takkan pernah ada penggantimu
Yang mem pertahankan ku sepertimu
Satu dunia, menentang cinta kita
Akhirnya kita terpisah jua

Yang mengenal mu cuma aku
Tidak ku menyesal mencintaimu
Yang ku harapkan
Kau juga mendoakan ku.

Beberapa rangkap lirik tersebut adalah lirik lagu ciptaan Shila Amzah yang terbaru, Masih Aku Cinta.

Saja kukongsikan di sini kerana rasanya ada berkait rapat dengan kisah kehidupanku.

".. dari jauh aku masih mencinta .."

Jumaat, 11 Oktober 2013

Selasa, 8 Oktober 2013

Kecamuk

Kecamuk sekelumit rasa
Kemelut merantai jiwa.

Tiap gelap malam
Tiap sirna siang.

Tak pernah beza
Cuma seiring sama.

Ah, persetankan !

Simpatiku tidak diriak
Ditunjuk luarannya tidak.

Penyebab kusuka mengendah
Barang apa yang menjengah
Dari melihatkan sisi lemah.

Ego menumpang sekaki
Bila selembar rasa disembunyi
Kau yang tidak fahami
Terus menghukum membuta tuli.

Ah, persetankan !

Selasa, 24 September 2013

Warkah

Takkan lagi aku menunggu
Kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
Puasku mengharapkan dirimu
Seperti mereka yang punya cinta.

Diriku tanpa dirimu
Kau tempuhi penuh bahagia
Diriku mahu kau tahu
Pedih ini kau tak terasa.

Warkahku mengharapkan dirimu
Seperti yang aku kenali dulu
Setiaku menantikan dirimu
Seperti setianya terhadap diriku.

Tapiku melepaskan mu
Melangkah namun tak berdaya
Terusku terus menunggu
Cinta yang takkan pernah ada.

Selasa, 17 September 2013

Kemarau

Dah lama tak rasai diri dipeluk erat
Dah lama tak rasai tangan digenggam lekat
Dah lama tak rasai dahi dicium lembut
Dah lama tak rasai diusap ubun-ubun.

Dah lama hilang
Dahaga, haus, lapar, kebulur.

Ahad, 8 September 2013

Al-Kisah PSIKO PENCURI HATI

PSIKO PENCURI HATI, pertama kali aku tahu mengenai filem ini dari akaun twitter pengarahnya, Namron. Jadi, disebabkan aku mengikuti ketiga-tiga filem beliau sebelum ini (Gadoh, Gedebe, Jln Pintas), aku begitu teruja untuk menonton yang ke-4 ini kerana ini adalah julung-julung kalinya filem arahan beliau akan ditayangkan di layar perak (itupun dapat klasifikasi 18 tahun ke atas oleh LPF).

Mendengar tajuknya saja, pelbagai persoalan muncul di benak fikiran;

1) Siapa yang psiko ?
2) Adakah 'pencuri hati' dalam filem ini adalah seorang yang suka mengambil hati orang lain ATAU sememangnya ia bedah dan curi hati mangsa-mangsanya ?
3) Kenapa tajuknya 'Psiko Pencuri Hati' ?

...dan banyak lagi.

Oleh itu, bagi mencari lebih info tentang filem ini, aku mulai google di internet. Namun, info yang aku mahukan agak kurang. Aku cari di youtube, aku menjumpai trailer filem ini.

http://www.youtube.com/watch?v=KLu3RayzVAU&feature=youtube_gdata_player

Setelah menonton trailernya, baru aku faham filem ini berkisarkan apa. Seorang penulis novel misteri iaitu Sidi, yang sangat obseskan tulisannya sendiri. Tulisannya semuanya berdasarkan fakta sebenar, kes-kes sebenar yang dilaporkan di media cetak. Persoalannya, dalam menulis novel misteri tersebut, adakah Sidi perlu melakukan seperti apa yang ditulisnya ? Perlukah Sidi menjadi seorang pembunuh yang mencuri hati mangsanya bagi mendapat 'mood' terbaik bagi novelnya ? Segala persoalan ini membangkitkan semangat aku untuk menyokong dan menonton filem yang dikira 'untypical' ini. Ditambah dengan barisan pelakon yang tak dapat disangkal lagi kehebatannya seperti Bront Palarae, Sharifah Amani, Syed Hussein & Amerul Affendi. Lagilah aku tak sabar menantikannya.

Hari ke-4 tayangan filem ini di pawagam (itu pun ada pawagam yang tidak menayangkannya tanpa sebab munasabah), team jelajah Psiko Pencuri Hati akan ke Gsc Dataran Pahlawan, Melaka bagi memberi kejutan kepada para penonton yang sedang menonton di dalam panggung. Aku ambil keputusan untuk menonton filem ini di situ sekali gus dapat beramah mesra bersama para pelakonnya (aku pun nak minta mereka tandatangan dvd Jln Pintas yang aku beli tempoh hari).

Sampai di Gsc Dataran Pahlawan jam 4.30pm. Tayangan seterusnya untuk filem ini adalah pada jam 4.45pm. Jadi aku dan 3 lagi rakanku membeli 4 tiket untuk kami.

>> Tak perlulah aku ceritakan apa yang berlaku kepada kami. <<

Aku diberitahu bahawa abang Nam Ron sedang dalam perjalanan dari Jb ke Melaka (jelajah Psiko). Kami berempat buat keputusan untuk menunggu kedatangan team Psiko Pencuri Hati di Dataran Pahlawan sambil duduk di Burger King.

Jam di tangan menunjukkan pukul 7.00pm. Team Psiko Pencuri Hati sudah sampai di Melaka dan dalam perjalanan ke Dataran Pahlawan. Aku pun dah excited sangat dah, dan teruskan menunggu mereka sampai.

Sesampainya mereka, kami berempat mendapat layanan yang sangat baik daripada mereka. Bergambar, autograf, dan mereka beri kami poster & sticker Psiko Pencuri Hati ! Ternyata mereka sangat menghargai kami dan mengubati lara kami (bak kata abag Nam Ron).

Selesai minum, kami dijemput mauk ke panggung bersama team Psiko Pencuri Hati ke panggung. Aku yang pada mulanya agak malu, telah ditarik oleh Kak Nani (Sharifah Amani) ke dalam panggung bersama rakan-rakanku. Perasaan bercampur-baur antara bangga, gembira & segan. Masuk ke panggung, aku dapat lihat para penonton yang ada sangat terkejut dengan kehadiran team Psiko Pencuri Hati yang membuat kejutan (surprise menjadi !). Aku juga masih terkejut (atau senang cakap, TERKUJAT!) dengan layanan baik & mesra mereka.

Okay, sekarang nak cerita pasal filem Psiko Pencuri Hati. Aku tak nak buat sebarang 'spoiler' kat sini. Jadi, aku cuma akan berikan pendapat aku sahaja.

Menonton Psiko Pencuri Hati memberikan suatu kepuasan bagi pencinta filem yang bagus seperti aku. Storyline yang tak tipikal, skrip yang tak dirancang tapi kena dengan babak, para pelakon yang sangat 'in character', sinematografi yang cantik di sekitar Pulau Pemanggil, plot yang tak dapat nak dijangka oleh penonton dan kesudahan yang cepat serta memuaskan.

Terus-terang aku katakan, Bront Palarae (Sidi, penulis novel misteri) dapat dilihat dari sudut yang berbeza. Sidi yang terlalu obseskan tulisannya membuatkan dia kelihatan 'psiko' dan sukar dijangka. Itu belum lagi dengan gelagat rakannya, Man (Amerul Affendi) yang boleh membuat audien tergelak sakan. Lain pula dengan Wani (Sharifah Amani) dan suaminya (Syed Hussein) yang mengalami konflik tersendiri.

Sememangnya, semasa menonton Psiko Pencuri Hati, akan ada pelbagai konklusi yang mungkin dilakukan oleh penonton (termasuk aku juga). Tapi percayalah, teori yang kalian buat itu mempunyai kebarangkalian untuk salah yang sangat tinggi.

Rakan aku merupakan seorang peminat filem Inggeris tegar. Tanya sajalah filem Inggeris yang mana pun, mesti dia tahu. Tapi kalau filem tempatan, dia langsung tak berminat. Dia hadir bersama aku adalah untuk menemani aku dan yang lain menonton filem ini. Dia sudahpun berniat mahu tidur ketika tayangan filem ini berlangsung. Namun, dia merupakan orang paling khusyuk menonton filem ini sampai habis ! Nampak tak permainan psiko filem ni ? Hahaa ! Sampai kawan aku tu pun ter'psiko' sekali dan kami keluar panggung dengan perasaan puas, sampaikan masa dalam perjalanan pulang pun, kami masih membicarakan hal filem Psiko Pencuri Hati ini dengan penuh minat.

Berdasarkan pemerhatian aku, filem ini kurang mendapat sambutan di pawagam. Aku tak tahu kenapa dan apa silapnya. Nak kata filem ni berat, taklah berat sangat. Aku dan audien lain boleh tergelak lagi dalam panggung. Nak kata para pelakon tak popular, siapa tak kenal Bront Palarae dan Sharifah Amani ? Entahlah ..

Tapi apa yang aku harapkan, rakyat Malaysia sepatutnya menonton filem ini kerana filem ini bukan seperti filem-filem klise yang berada di panggung sebelum ini. Filem ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri dan mesejnya yang tersendiri. Rugilah jika kita hanya tidak mahu menonton filem-filem seperti ini, tetapi lebih tertarik kepada filem-filem yang kurang memberikan kesan dalam jiwa.

Aku juga berharap agar kita dapat membantu dalam mempromosikan filem ini di laman sosial masing-masing bagi agar filem ini dapat bertahan lebih lama di pawagam. Apalah sangat tweet / post kita tu kalau nak dibandingkan dengan usaha keras team Psiko Pencuri Hati yang melakukan jelajah ke serata negeri tanpa apa-apa bayaran demi memberikan yang terbaik buat penonton.

Support local films & don't support piracy industry.

*Rasanya takde sebarang spoiler di sini & harap team Psiko Pencuri Hati tak kisah dengan review dari saya yang tak seberapa ini.

No hard feelings ! :)

Khamis, 5 September 2013

Khilaf Aku

Khilaf aku terlalu terbuka
Silap aku terlampau cerita.
Salah aku selalu terlupa

Harusnya kutahu
Bukan semua mampu rasa
Bukan semua mahu rengsa

Tak guna salahkan sesiapa
Kerna mereka tak kenal kusiapa
Tak perlu lebih sapa
Jaga hati dan mata
Jangan sampai airnya kuseka.

Suria

Mentari pagi menyinar megah
Menyuluh ke segenap alam
Biar terlindung beribu awan
Sinarnya tetap memancar hebat.

Tak jemu dipandang
Walau silaunya bukan kepalang.

Ada setitis ketenangan
Di sebalik orenan warnanya
Cahaya yang mengeringkan embun di dedaunan.
Cahaya yang menawarkan
Sejuta harapan buat setiap hidupan.

Teruskan,
Teruskan pancaran sinarmu
Biar tidak dihirau manusia beribu
Aku dan mereka tetap menunggu
Di setiap pagi selepas subuhku
Membawa ke senja penamat siangku.

Renyai

Titsan jernih itu mengalir
Bukan dari mata,
Namun langit legam.
Bukan dari telaga,
Namun kumulonimbus sarat.

Halus, kasar kemudiannya
Menitik, bukan lagi mengalir
Kejauhannya halus dilihat
Di dekatnya keras tamparan lekat.

Rabu, 4 September 2013

Tanggungan Rasa

Sesetengahnya akan mengungkap segala
Dilontarkan semua
Meski dalam tangis.
Mungkin ia terlalu banyak memendam,
Terlalu lama terperam.

Sesetengahnya pula lebih galak menangis
Meski lidah mencuba
Tiada kata, justeru tangis.
Barangkali terlalu berat diluah
Setelah sekian beralah.

Keduanya punya jalan tersirat,
Punya cerita berselirat.

Tiada siapa yang mengerti
Tiada jiwa yang fahami
Selagi tak menjalani.

Harga Serangkai Coretan

Zaman ini,
Tulisan lebih ditakuti daripada senjata.

Kerna apa ?

Kerna sebutir peluru hanya mampu membunuh satu nyawa.
Namun,
Serangkai coretan mampu merasuk sekalian umat.

Sabtu, 31 Ogos 2013

Celaka !

Sakit bukan kepalang.
Melesetnya sangkaan hingga 'kan ku terjelepuk.

Tikaman dari belakang itu
Menusuk ke jantung tepat
Darah memancut, mengalir tanpa sekat.

Bertanya kosongnya jiwa,
Apa makna semua ?
Apa erti segala ?
Ku dilukakan tanpa kata.
Ku disakitkan tanpa pinta.

Petaka Rhinitis

Bauan perfume ibuku & wangian kereta bersatu.
Kepala makin membatu.
Isi perut berlari ke anak tekak meluru.
Bantu aku !

#rhinitis

Siapa ?

Rasa itu hadir
Tiap kali kau kutemu
Rasa itu indah
Tiap kali kau mahuku

Namun,
Rasa itu berat
Tiap kali kau berlalu.

Siapa kau ?
Begitu mudah mempengaruh sendu,
Begitu murah memberi rindu ?

Tanda Tanya (?)

Hidup aku macam mana sebenarnya ini ?
Apa yang tak kena dengan alam persinggahanku ini ?
Apakah aku dikelilingi oleh adam yang durjana ?
Kenapa dari kecil hingga kini aku masih perlu merasakan takut pada mereka ?
Sudahlah dari kecil aku sudah hilang kasih seorang bapa, membesar pula dengan adam-adam petaka.
Traumatik itu masih ada. Fobia itu takkan hilang.
Syak wasangka itu masih bersarang.

Persoalannya, sampai bila ?

Ahad, 4 Ogos 2013

Serapuh Jiwa

     Masih aku trauma dengan kehilangan. Ternyata. Kusangka aku sudah mampu menelannya. Rupanya tidak.

    Kehilangan demi kehilangan yang lalu mungkin menjebakkan aku dalam 'rasa' ini. Tak.dapat kutafsir pedihnya. Jiwa seakan-akan kosong dengan tidak semena-mena pabila terdengar berita pemergian.

    Bila lagi mampu kuharungi ? Siapa lagi yang akan kutangisi selepas ini ? Siapa lagi yang bakal meninggalkanku ? Aku lebih rela jika aku sendiri yang pergi. Tak sanggup lagi merasa sakit ditinggalkan. Luka yang dalam malah berparut hitam.

Selasa, 16 Julai 2013

Aku Juga Tersentuh

Terlihat gambarnya bersama anak-anak yatim di rumah kebajikan, aku tersenyum. Aku tersentuh. Terasa hati sayu melihat anak-anak itu di sisinya. Bermain manja bersamanya, minta didukungnya & mengajaknya bermain bersama.

Dua perasaan dapat kurasakan. Pertama, rasa sayu melihat nasib anak-anak yatim dirumah kebajikan itu. Mereka telah kehilangan ibu bapa mereka sejak kecil lagi. Sedangkan mereka masih mentah, masih hingusan, tak tahu apa-apa. Apa yang mereka tahu, hanyalah bermain bersama rakan-rakan senasib. Bila perut terasa lapar, menangis meminta makan. Bila dah penat main, perut pun dah kenyang, merengek manja nak tidur.

Terfikir suatu masa nanti, saat mereka melihat kanak-kanak lain bermanja bersama ibu bapa mereka, pasti mereka akan menanya diri mereka, "Mana ayah dan ibu aku? Kenapa aku tak macam mereka ? Kenapa ayah dan ibu tinggalkan aku di rumah kebajikan ini ?" Pelbagai persoalan yang menyentap hati pasti tersembul di fikiran mereka. Pada saat itu, mulalah mereka merasa yang diri mereka ini tidak disayangi, tidak dihargai & hanya membebankan atau menyusahkan ibu bapa mereka sahaja. Anak-anak ini pasti akan membesar tanpa kasih sayang yang cukup. Mengharapkan didikan kakitangan dan sukarelawan di rumah kebajikan itu, apalah sangat. Bukan menidakkan kepakaran mereka dalam menjaga anak-anak ini, tapi berapa sangatlah kasih sayang yang dapat mereka berikan kepada anak-anak ini. Bayangkan dalam sebuah rumah, ada 100 - 150 orang anak yatim. Sedangkan kakitangan dan sukarelawan hanya 10 - 15 orang sahaja. Mana mungkin dapat memenuhi keperluan setiap penghuni rumah kebajikan itu. Pasti anak-anak ini membesar dengan serba kekurangan.

Kedua, aku tersentuh melihat dia mendukung tiga orang anak kecil lalu dibawa berjalan bersamanya ! Larat dia mengendong seorang di lengan kiri, seorang lagi di lengan kanan manakala seorang lagi berpaut dari belakang badan. Meskipun penat, dia tidak jemu melayan kerenah anak-anak yatim itu yang berebut-rebut mahu didukungnya. Mana tidaknya, bila dia mendukung seorang, yang seorang lagi merajuk. Dukung seorang ni, yang seorang lagi merajuk. Macam-macam hal. Tapi ini semua sebenarnya dek kekurangan kasih sayang yang mereka dapatkan. Itu sebabnya mereka sangat teruja apabila ada yang datang melawat.

Dia yang juga belum dikurniakan cahaya mata sangat ceria melayan kerenah anak-anak yatim itu. Dia sukakan kanak-kanak. Aku tahu itu. Jiwanya jiwa penyayang. Terlalu lembut hatinya apabila berhadapan dengan kanak-kanak apatah lagi anak-anak yatim. Hatinya mudah tersentuh. Lalu dia dukung semua anak-anak yang ada di situ agar tidak seorang pun berkecil hati dan merajuk. Maklumlah, budak-budak yang sedang membesar hatinya lembut. Mudah terasa dan mudah tersinggung. Mereka sangat sensitif dengan persekitaran mereka.

Terserlah sikap kebapaan yang dimilikinya. Kadangkala, dia pula kelihatan seperti keanak-anakan semasa melayan anak-anak itu. Leka sungguh dia melayan anak-anak itu. Aku tahu, suami mana yang tidak mahukan cahaya mata. Pasti dia berasa tersentuh dengan adanya anak-anak yatim itu. InsyaAllah, aku selalu doakan agar suatu hari nanti dia pasti bakal menimang cahaya mata juga. Rezeki Allah, hanyaDia yang tahu. Mungkin Tuhan hanya mahu menduga dahulu. Bersabarlah, ye ?

Terima kasih juga aku ucapkan kepadanya kerana telah membuat anak-anak di rumah kebajikan itu bahagia dengan kehadirannya walaupun sekejap. Alhamdulillah. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas keikhlasannya.

Ahad, 14 Julai 2013

Tersentap Rasa Jiwa

Tersentap rasa jiwaku petang ini bila membaca tweet rakan di Twitter.

"Appreciate your idol while they're still here.."

Tergamam. Bagaikan nadi berhenti berdenyut. Kenapa aku tiba-tiba teringatkan dia ? Kenapa hati ini terus meluru ke arahnya ?

Ya Allah, selama ini aku tidak pernah beranggapan yang dia akan pergi. Tidak pernah. Aku tahu tiada apa yang akan kekal di alam yang fana ini. Namun aku tidak pernah terfikir bahawa suatu hari nanti aku bakal kehilangannya.

Bagaimana hendak kulaluinya nanti ?
Bagaimana mahuku cari pengganti ?
Bagaimana jika itu benar-benar terjadi ?
Bagaimana ?

Astaghfirullah. Aku tidak merasakan yang aku dapat melaluinya. Memikirkannya saja sudah cukup membuat aku takut. Seriau ! Merenungkan hari-hari mendatang tanpa status Facebooknya, tanpa tweet baru di akaun Twitter nya dan tiada lagi gambar-gambar ceria yang dimuat naik olehnya di akaun Instagram. Apa lagi yang mampu aku lakukan ? Hanya terus menonton karya lakonannya yang mungkin ada di Youtube mahupun blog-blog hiburan ? Hanya mampu menatap gambar wajah senyumnya di paparan hadapan telefon bimbitku ? Atau hanya mampu melihat kembali lebih 1000 gambar-gambarnya di dalam pendrive kesayanganku itu ?

Buntu. Memikirkannya saja sudah cukup membuat aku rindu. Tak tertanggung rasanya nanti.

Ya Allah, sesungguhnya Kaulah Tuhan yang Maha Mengetahui segala-galanya. Aku bermohon padaMu, Kau berikanlah dia kesihatan yang baik. Kau berikanlah dia kehidupan yang baik. Jauhkanlah dia dari segala marabahaya. Jauhkanlah dia dari segala musibah. Peliharalah dia sebaik-baiknya sebagaimana ibu bapaku memeliharaku sewaktu aku kecil. Sesungguhnya Kaulah satu-satunya Tuhan yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengasihani.

Aku doakan juga semoga rakanku yang kehilangan orang yang sangat disayanginya itu kekal tabah dan kuat menghadapi musibah ini. Amin.

Sabtu, 13 Julai 2013

Aku Tenggelam dek Arman

Nampaknya aku bakal membuat satu pengakuan lagi malam ini. Pengakuan biasalah pada yang mengenali aku.

Serius, aku dah lama tak 'terkesan' dengan mana-mana karya. Lama hinggakan aku tak mampu nak ingat karya mana yang mampu membuat aku terkesan sebegini rupa. Dan aku akui, aku mendahagakan karya sebegitu.

Scene pertama, aku sudah tergamam. Melihat keadaanya yang kelihatan kusut, seperti orang yang tidak waras. Ditambah dengan pakaian, wajah, tingkah lakunya, dia gila ? Takkan !

Tapi itulah permulaannya. Lalu aku dibawa menyelami kisah hidupnya lebih lagi. Lebih dalam hinggakan aku begitu teruja untuk mengetahui.apa yang akan terjadi selepas itu. Segala kerja kerasnya, suka dukanya, kisah keluarga dan percintaan sementaranya, semuanya diperlihatkan. Hinggalah ke satu tahap, apabila dia dalam keadaan yang sangat terdesak. Dia memilih jalan hitam itu walau dia tahu apa yang menantinya.

Scene dimana dia meminta pertolongan dari perempuan yang menyukainya, itu aku tabik. Scene itu tidak sampai 10 minit. Namun dia berjaya merebahkan jiwaku ke dalam mainan jiwanya. Kulihat betapa dia terlalu mengharapkan agar duit itu sampai ke tangan adiknya untuk pembedahan ibunya di kampung. Betapa dia memohon pertolongan perempuan itu hinggakan dia menangis ! Ya Allah, scene ini memang berjaya meruntun hatiku dan aku yakin ramai lagi yang teruntun dengan scene ini. Boleh kukatakan scene ini adalah scene yang paling mahal dalam karya Murali Abdullah ini.

Satu lagi scene yang aku gelarkan scene paling mahal ialah scene dimana dia memarahi perempuan itu kerana tidak memasukkan duit itu ke dalam akaun adiknya. Perempuan itu risaukan keselamatan dan nyawanya. Itu sebabnya. Jika aku, aku pasti akan termangu. Nyawa siapa yang harus aku selamatkan ? Nyawa dia atau ibunya ? Namun perempuan ini memilih nyawa lelaki itu. Scene dia memarahi perempuan itu tampak sangat jiwa. Realisme ! Tidak pernah aku lihat lagi dia memarahi orang sebegitu. Daripada saya-awak terus bertukar kepada aku-engkau. Dan perempuan itu hanya mampu menangis.

Aku simpulkan, karya ini sangat bertuah. Bertuah kerana disokong dengan jalan cerita yang baik, skrip yang baik disamping sub-teks daripada para pelakon yang sangat menjiwai watak mereka. Siapa saja yang tidak kenal pelakon berkarakter, Beto Kusyairy ? Beliau jarang sekali gagal dalam menginterpretasikan watak yang dipegangnya. Siapa pula tak kenal Sofi Jikan & Azhan Rani ? Dua pelakon ini kalau membawa watak antagonis, jangan haraplah boleh bertenang. Hati memang akan rasa seperti mahu ditumbuk saja tv tu. Dibantu oleh pelakon meningkat naik, Uqasha Senrose dan penampilan istimewa Kaza memang memantapkan lagi karya ini.

Nama Arman memang sinonim dengan Beto Kusyairy dek penangan drama bersiri Hanya Padamu tempoh hari. Namun kali ini, beliau berjaya mengeluarkan kepompong 'Arman' dari watak dalam Hanya Padamu membawa masuk ke dalam drama Arman ini sendiri. Pendek kata, beliau tidak terikat dengan watak Arman yang dulu. Malah kali ini lebih mantap. Sekalung tahniah buat beliau, pelakon kegemaran saya, Beto Kusyairy.

Aku dah kata, aku tak salah minat Beto Kusyairy. Aku meminati dan menyokong orang yang tepat. Misi hanya untuk memberi didikan, bukan untuk mengejar populariti atau nama. Dan beliau sangat serius dengan kerja beliau. Dah banyak dah dengar orang cakap beliau ni sangat dedikasi, berdisiplin, kerja on-time dan beliau juga bersih kontroversi. Memang bakat dan nama yang secara tak sengaja ditempa oleh beliau ini seiring. Alhamdulillah, aku bersyukur bagi pihaknya.

Seperti biasa, aku mengharapkan lebih lagi karya dari beliau selepas ini. Moga doa yang baik-baik dariku terus mengiringi perjalananmu, amin.

Khamis, 20 Jun 2013

Bukan Calang-calang

Kau kesayanganku
Berani dan lasak itu sebati dalam hidup kau
Berani bukan setakat di aksi
Juga berani menegakkan kebenaran
Lasak bukan setakat lakonan
Juga lasak luar dan dalam.

Kau lantang bersuara
Memperjuangkan hak semasyarakat
Kau tegar mengejar pencopet
Demi seorang wanita tua yang terjelepuk dek angkara si bedebah itu.
Kau rela meredah malam
Hanya kerana beratus ekor kucing jalanan yang kelaparan
Menunggu sedikit pengalas perut dari setitik rezeki yang kau dapatkan.

Keberanian kau usah dipertikai
Selagi ada upaya kau tetap maju
Kebaikan hati kau bukan kepalang
Selagi mampu bakti kau tabur
Memperlihatkan sisi gagah seorang Adam
Menampakkan lagak perwira hero jiwa.

Makin aku kenali kau
Makin aku terpesona
Makin aku kenal erti cinta
Kau bukan calang-calang
Kau berbakti dalam diam.

Selasa, 18 Jun 2013

Kalau Aku Kaya

"Kalau aku kaya
Kalau aku kaya

[Altimet]
Aku nak gaya hidup aku berubah
Alangkah indah kalau dah tak susah
Jadi pemilik bukan sewa rumah
Makan tak habis minum tak sudah
Bil api air semua bayar awal
Tulis cek selamba tak risau batal
Masuk dalam bank semua melopong
Dalam akaun ada banyak 0 0 0 0 0

Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)
Buat suka hati aku
(Kamu tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)

[Awi Rafael]
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya

Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama
Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)
Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)

[Altimet]
Aku gajikan driver
Nama dia Schumacher
Dia panggil aku sir
Aku panggil dia der
Der, tolong hantar mak aku pegi pasar
Belikan nasi lemak
Boss engkau dah lapar
Aku belikan Kim K, kain lebih
Pesan dia tolong tutup aurat, terima kasih
Beats by Dre
Next beat by’Ye
Tiap show pakai J’s
Hypeman aku Jay
Biar aku belanja, subsidi gula
Korang kena kencing manis tanggung rawatan semua
Pening apa semua benda aku yang sponsor
Kalau korang takut trafik kita naik helikopter
Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)
Buat suka hati aku
(Korang tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)

[Awi Rafael]
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama
Aku beli serba satu (Heh aku beli dua)
Eleh aku angkat lima (Wei aku borong semua)
Bagitahu jiran lama (Sewa mereka kami taja)
Dan kalau anak-anaknya geliga (Kita bagi biasiswa)
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Kaya,kaya
Bila aku kaya
Hari hari hari raya (hari-hari ha ha)
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba (rileks-rileks semua aku belanja)
Bila aku kaya (Yea)
Aku beli segalanya (semua)
Bungkuskan semua (ha ha)
Hadiahkan pada mama (mama nak apa)"

Terbaru daripada Altimet featuring Awi Rafael, aku rasa lagu ni sangat memberi inspirasi. Tak tahulah orang lain nak cakap ni lagu berangan ke, lagu takde masa depan ke, tapi hakikatnya aku memang suka.

Baca saja bait kata lagu ini di atas, penuh inspirasi, nilai moral & mesej. Itu salah satu sebab aku sukakan lagu-lagu ciptaan Altimet. Karyanya banyak yang memberi 'sesuatu'.

Menonton video klipnya juga satu kepuasan. Dapat aku rasakan hasrat & impian pemuda berkapcai tu. Tengok yang ni ok ? Yang lain tu semua copy jer ..

http://www.youtube.com/watch?v=_0omRGOqUM4&feature=youtube_gdata_player

Over all, best ! :D

Jumaat, 14 Jun 2013

Aku & Diriku

Aku tak pernah menyuruh kau kekal di sini
Aku tak pernah paksa kau ikut cara aku
Aku tahu diri aku macam mana
Aku tahu kau juga macam mana.

Usah tipu
Aku benci itu
Usah tipu bila aku sudah tahu
Kau hanya mempamerkan kebencian untuk kuratah
Memanggil sejuta ketidakpuasan.

Pergi saja!
Jangan tunggu lagi
Pergi jika kau rasakan aku hanya menyakitkan hati
Pergi jika kau tak rasa yang aku fahami kau
Jangan turutkan simpati
Ia hanya membawa kepada hati mati.

Aku tetap dengan hidupku
Takkan apa-apa
Kau ada atau tidak, itu bukan kewajipanku
Yang kutahu,
Hanya aku yang memahami aku
Bukan kau, bukan dia, bukan mereka.
Tapi aku.

Rabu, 12 Jun 2013

Lakonan Watak Hidup

Dalam hidup
Tak semua realiti mampu dihadapi
Bukan semua lakonan boleh difahami
Namun berdasarkan pengalaman dan ketajaman akal
Kedua-dua perkara ini mampu dimengerti
Dan silap-silap,
Kita juga bakal mengambil bahagian
Dalam permainan watak lakonan hidup.

Selagi masih ada watak,
Selagi itulah adanya lakonan
Dalam kehidupan realiti dan fantasi.

Takkan Mampu Kubalas

Pabila kesakitan ini menggigit tubuh
Terasa nikmatnya sihat
Nikmat yang selalu dilupakan
Semasa sihat wal'afiat
Nikmat yang takkan dapat terbalaskan.

SubhanAllah ..

Sabtu, 8 Jun 2013

Bersalah !

Aku tak rasa amarah menjadi puncanya
Aku tak rasa dia menegur dengan kasar atau keras
Tapi aku tak sangka rasa bersalah ini begitu kejam membelasah jiwa
Aku tak sangka ia zalim menghukum diri yang alpa.

"Lumrah insan lupa dan alpa"
Penenang hati yang gagal
Aku masih menghukum diri
Mengapa?
Rasa bersalah ini sangat besar dan berat
Seperti dimarahi, ditengking.

Mungkin kerna dia yang menegur
Atau mungkin aku takut dia memarahiku
Atau juga aku terlalu malu?
Tak tergambar.

Terbayang di skrin kepala
Bagaimana hendak kutegurnya lagi?
Bagaimana mahu kuambil gambarnya lagi?
Bagaimana aku nak rasa bebas lagi?

Seperti di penjara di laman sendiri
Dikelilingi beratus-ratus penjaga
Salah sikit bakal dihukum
Silap sikit bakal dipukul
Kenapa aku rasa sampai begitu?

Emosi diri yang gagal dikawal
Mencekik diri sendiri, sukar bernafas ..

Setia Menanti

"Mungkin kian tiba indah mempersona
Oh Tuhan, kurniakan semangat
Sinaran mata bak suria
Menerangi langit nan gundah
Mengapa dunia terus pudar ?

Walau suratan menimpa larutnya asmara
Degupan mendamba salam akhir kepadanya

Kucuba melupakanmu
Walau terbuku di kalbu
Pintamu akan turut
Izinku menyayangimu

Setia tiada duga walau badai melanda
Moga mekar impian selama
Setia menantimu

Andai terluput novela cinta
Daku terima hakikatnya
Dihukum memori yang luka

Aku hanya mahukan kasih mesra
Tanpa duka jalar air mata
Andai nyata musnah menjadi kenangan
Takkan pudar warna cinta .."

Terkesan.
Aku lelah menyeka titisan jernih
Yang mengalir sederas-derasnya
Membasahi pipi, menyakitkan dada.

Baru semalam kau datang kepadaku. Riak wajahmu riang & gembira. Kau tunjukkan trofi kemenangan itu kepadaku. Kau ceritakan perasaan yang rasakan sewaktu mereka menjemput kau naik ke pentas. Kau kongsi segalanya denganku. Kau dakap aku erat.

Tapi pagi ini semuanya ghaib. Kau rentap semua kegembiraanku pabila kau muat naik gambar kau bersamanya. Mana perginya kebahagiaan semalam? Hilang semua rasa, hilang hangatnya dakapanmu, hilang pandangan redup matamu, hilang genggaman tanganmu. Hanya dengan sekeping gambar, telah melupuskan semuanya.

Ya, aku bahagia. Aku bahagia apabila kau bahagia. Tapi sukar bagiku untuk menipu diriku yang aku juga menderita sendiri. Aku sakit sendiri. Hati ini menangis sendiri. Jeritan dalam dada ini terasa menyakitkan di dada dan di kerongkong. Leher ini terasa tegang. Terasa darah yang dipam ke seluruh tubuh tidak mengalir. Tapi aku tetap tersenyum. Aku tersenyum dalam sendu tangisku. Memaksa hati sendiri.

Sekelip mata. Apa yang kurasa membahagiakan, hilang. Rasa gembira yang aku sendiri ciptakan, hilang. Semuanya ghaib, lupus dari jiwa. Sejujurnya, aku mendambakan kehadiran kau sebenar-benarnya. Aku terdesak. Ya, aku akui itu. Aku boleh menipu mereka semua, tapi aku tak mampu menipu diriku sendiri. Ia terlalu sakit.

Namun, ketahuilah, dalam sakit ini aku masih mendoakan kebahagiaan kau. Aku tetap bermohon kepadaNya supaya kau terus bahagia dan gembira bersamanya. Kerna aku tahu betapa kau cinta dan sayangkan dia. Aku tahu tanpanya, kau tak sebahagia ini. Aku tahu aku tidak membahagiakan kau seperti yang telah dia lakukan. Jadi berbahagialah kau bersamanya. Aku mahukan yang terbaik saja untuk kau, Sayang ..

Jumaat, 7 Jun 2013

Alhamdulillah, ya Rabb !

"Alhamdulilah.."

Hanya itu yang mampu aku lafazkan apabila namanya dijemput naik ke pentas Istana Budaya bagi menerima trofi Pelakon Lelaki Terbaik.

Ini anugerah pertamanya di persada seni tanah air. Aku sebagai penyokong tegar sangat berbangga dan bersyukur atas kemenangannya malam ini. Saingannya bukan calang-calang. Namun dia berjaya membawa pulang Rm10,000 dan trofi atas keikhlasan dalam karyanya.

Penuh debaran aku menunggu depan tv, ternyata membuahkan hasil ! Tak terkata. Aku terlalu gembira. Apatah lagi apabila kulihat dia begitu terkejut dan tidak menyangka namanya akan dijemput oleh penyampai anugerah. Sempat juga dia memberikan ciuman penghargaan kepada isterinya tercinta yang setia di sebelahnya.

Sangat manis dan bahagia !
Syukran ya Rabb, Kau makbulkan doaku ..
Alhamdulillah !

Rabu, 5 Jun 2013

Israk & Mikraj

Israk = perjalanan Rasulullah pada malam hari dengan menunggang Burak dari Masjid Al-Haram (Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (Palestin).

Mikraj = Naiknya Rasulullah SAW ke langit dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.

Burak = Haiwan tunggangan Rasulullah SAW yang diciptakan dari cahaya, putih, lebih besar dari keldai, bersayap & lajunya bak kilat. Apa yang berlaku sepanjang perjalanan Rasulullah?

1) Dilihat kaum yang bercucuk tanam & mengeluarkan hasil yang banyak & cepat.
Konklusi 1) Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” / belanja harta ke jalan Allah.Digandakan pahala kebajikan 700 kali / lebih.

2) Dicium bau yang sangat wangi; kubur Masyitah, suami & anak-anaknya yang dibunuh kerana keteguhan iman, tak mengaku Firaun sebagai Tuhan. Masyitah ialah tukang sisir rambut anak Firaun yang mengaku Allah sebagai Tuhan & menidakkan Firaun itu Tuhan. Dibunuh dalam air mendidih.

Siapa angkasawan / astronaut pertama dunia? Rasulullah SAW.

Kita baru pakai kenderaan mahal yang laju sikit dah berlagak. Nabi Muhammad SAW naik Burak yang laju macam kilat, chillax je.

3) Dilihat orang-orang yang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali,  lalu dipecahkan lagi. Konklusi 3): Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang) kerana terlalu sibuk dengan hal dunia.

4) Dilihat sekumpulan manusia yang memotong lidah mereka sendiri tanpa henti-henti secara berterusan. Konklusi 4):Itulah gambaran manusia yang dalam hidup mereka suka menabur fitnah & berdusta dalam berkata-kata.

5) Dilihat mereka yang menutup kemaluan dengan secebis kain, dihalau seperti binatang & makan bara api / batu dari neraka Jahannam. Konklusi 5) Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

6) Dilihat lelaki & perempuan memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Konklusi 6): Itulah lelaki & perempuan yang melakukan zina sedangkan masing-masing mempunyai isteri / suami.

7) Dilihat orang yang berenang dalam sungai darah & dilontarkan batu.Konklusi 7): Itulah orang ketika hidupnya memakan riba'.

8) Dilihat mereka mencakar muka & dada dengan kuku tembaga.Konklusi 8): Itulah orang yang mengumpat & menjatuhkan maruah orang.

9) Dilihat seorang perempuan bongkok 3. Konklusi 9): Itulah gambaran usia dunia yang sangat tua & menanti saat kiamat.

Yang 3 seterusnya ini khas untuk Hawa. Harap ambil iktibar daripada Israk Mikraj Baginda Rasulullah SAW. Bersedia?

10) Dilihat wanita menangis teresak-esak sambil meminta pertolongan tetapi tiada siapa yang sanggup membantu. Konklusi 10):Itulah gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.

11) Dilihat wanita berkepala seperti babi, badannya seperti keldai & menerima berbagai-bagai balasan. Konklusi 11): Itulah gambaran wanita yang suka membuat fitnah, bermusuh dengan jiran & membuat dusta.

12) Dilihat wanita tergantung pada rambutnya serta otaknya menggelegak.

Dalam perjalanan Mikraj pula Rasulullah dibawa & ditemani Jibril AS ke 7 lapisan langit.

Langit pertama:
i) Berjumpa Nabi Adam AS.
ii) Dilihat mereka yang  makan riba' & harta anak yatim.
iii) Dilihat orang berzina yang hodoh rupa & kelakuan mereka. Penzina lelaki bergantung pada 'susu' penzina perempuan.

Langit ke-2:
Bertemu dengan Nabi Isa AS & Nabi Yahya AS.

Langit ke-3: Bertemu Nabi Yusuf AS.

Langit ke-4: Bertemu Nabi Idris AS.

Langit ke-5: Bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

Langit ke-6:
i)Bertemu dengan Nabi Musa AS.
ii)Melihat umat Baginda sendiri, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Langit ke-7: Bertemu dengan Nabi Ibrahim Khaililullah AS.

Kemudian masuk ke Baitul Makmur (betul-betul atas Baitullah di Mekah). Kemudian Baginda naik 'tangga' sebelum jumpa Allah. Haa, masa nilah kalah semua cerita dongeng, 'fairy tale' ciptaan manusia bila ini realiti.

Tangga ke-8 selepas langit ke-7 disebut “al-Kursi” pada dahan pokok Sidratul Muntaha. Rasulullah SAW lihat pelbagai keajaiban. Antara keindahan & keajaibannya:
i) Dilihat sungai dengan airnya yang tak berubah.Ada sungai susu, sungai arak & sungai madu lebah.
ii) Buah-buahan, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna & bertukar menjadi permata-permata yang indah.
iii) Unggas-unggas emas berterbangan.
iv) Sungai Al-Kautsar yang terus mengalir masuk ke syurga. Kemudian Rasulullah masuk ke syurga & seterusnya melihat neraka berserta dengan Malik penjaganya.

Tangga ke-9: Di sini pucuk pokok Sidratul-Muntaha.Rasulullah SAW. Dapat melihat seorang lelaki yang ghaib dalam nur ‘Arasy.Siapa lelaki itu? Lelaki itu ialah lelaki yang di dunia lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid & tidak memaki ibu bapanya.
Tangga ke-10: Rasulullah SAW dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepala Baginda sendiri lantas sujud & bermunajat kepadaNya. Kemudian, Allah SWT memfardhukan solat 50 waktu kepada Rasulullah & umat Islam.Baginda seterusnya menemui Nabi Ibrahim AS & Nabi Musa AS. Nabi Ibrahim AS & Nabi Musa AS lalu menyuruh Baginda merayu kepada Allah SWT  agar diberi keringanan & dikurangkan jumlah waktu sembahyang.

Rasulullah SAW memang 'the best'. Sayang betul Baginda pada kita;umatnya. Seboleh-boleh mahu memudahkan, tetapi kita pula yang ambil mudah.

Akhirnya, Rasulullah turun ke langit dunia, seterusnya ke Baitul-Maqdis, lalu menunggang Burak untuk pulang ke Mekah pada malam yang sama.

Alhamdulillah, begitulah serba sedikit cerita Israk Mikraj yang mampu saya kongsi daripada Dr. Anwar Fazal. Moga bermanfaat untuk kita bersama hendaknya.

Selasa, 4 Jun 2013

Dajal

Dajal
Memang sifatnya teruk
Memang niatnya sentiasa buruk
Hiraukan, endahkan.

Persetankan semua dakyahnya
Jangan pedulikan segala kedajalannya.

Memang sial si dajal durjana
Takkan pernah kulupa aku diperlakukan bagaimana
Biar beribu tahun nanti
Biar kumati hidup kembali
Sumpahan sial itu terus kulontarkan padanya.
Terus menjadi nadi amarahku.

P/s : Siapa sidajal sial itu? Persetankan!

Kamar Sejati

Di kamar ini aku sendiri
Menyendiri dari segala hiruk-pikuk
Mengelak dari dunia luar yang sibuk
Bersendiri dengan diri sendiri.

Keadaan yang tenang meski terkurung
Aku selesa
Setiap hari mengurung diri
Dari awal tercelik mata
Hingga tiba saat terlelap kembali
Hanya di kamar ini.

Aku senang
Aku bebas
Kamarku menjadikan aku seperti aku
Aku yang sebenar-benarnya aku
Tiada hipokrasi biar sempit.

Di kamarku aku berbicara sendiri
Di kamarku aku menyibukkan diri
Di kamarku aku beradu mimpi
Dan di kamarku jua dia datang menemani
Hanya di kamarku, aku bahagia begini.

Langsir putih penutup silau mentari
Katil sederhana tempat terlentang diri
Dengan sebuah kipas meja yang terus gagah berpusing
Siang dan malam tanpa henti.

Inilah kamarku
Kamar tempatku mengadu nasib sepiku
Tempatku tertawa bahagia dek kehadiran'nya'
Kamarku yang setia melindungiku
Susah dan senangku
Sunyi dan sibukku
Malam dan siangku.

Inilah kamar sejatiku
Tempat aku terlentang sendiri
Menaip terus dari hati, puisi moden ini.

Tiri

Dunia manusia
Darah daging pun terkhilaf
Apatah lagi yang digelar tiri.

Payah bila 'tiri tetap tiri' jadi pegangan
Berkira jadi sikap kebiasaan
Tiada lagi rasa erat kekeluargaan.

Apa jadi pabila tinggal serumah
Bermanis muka pun tiada
Bertegur sapa usah lagi ditanya
Hanya kelat, sekelat-kelatnya muka.

Khamis, 30 Mei 2013

Rentasan Jiwa Muda Beramarah

Keinginan membuak-buak
Seiring dengan hati yang mendidih-didih
Jiwa memberontak bertubi-tubi
Ingin saja kuhentak, ketetak biar mati, ngeri.

Perasaan ini sukar dibendung lagi
'Rumahku syurgaku' hanya sekadar frasa sampah
Kebahagian usah ditagih
Takkan kau dapat, takkan kau capai
Pabila seluruh isi rumah adalah asing
Pabila seluruh ahlinya kian mengasing.

Impianku mencanak-canak
Ingin kukerah tulang empat kerat mentah
Mencari punca sesuap pelajaran
Menagih sumber sesuap nasi
Untuk diri sendiri di rantauan nanti.

Hasratku kini adalah canduku
Tanpanya aku mati katak di neraka ini
Tanpanya aku lemas dalam selautan hipokrasi
Akan kukejar selajuku, semahuku.

Hanya kejayaan yang mampu merubah dunia
Hanya pelajaran yang mampu mengubah segala
Hanya dengannya aku bakal berjaya.

Usaha,
Bantu aku untuk terus bersamamu
Rajin,
Bantu aku untuk terus mengekorimu
Jaya,
Tarik tanganku yang hampir layu
Jangan biarkan ku terjunam ke gaung sengsara
Usah biarkan ku terhempas ke lembah hina.
Hidup,
Berubahlah
Anjakan paradigma itu kita perlu !

P/s : Dicoret dengan amarah. Agak kasar. Maaf, jika menyinggung.

Rabu, 29 Mei 2013

Aku & Diriku, Tanpa Mereka, Tanpa Kalian.

Membesar dalam situasi keluarga yang kurang 'efisien' ini membuatkan aku semakin teguh dengan cita-cita aku. Membuat aku bertambah yakin dengan usaha aku.

Memang, semuanya di tangan sendiri. Mahu berjaya atau tidak, mahu senang atau tidak, malahan jika aku mahu membeli sesuatu pun, aku harus mengumpul wang sendiri. Paling tidak pun aku akan keluarkan duit biasiswa sekolah secara senyap. Tanpa pengetahuan sesiapa. Selalu juga borang pengeluaran tu aku tandatangan sendiri. Bertujuan untuk mendapatkan apa yang aku perlukan seperti membeli kasut sekolah baru (kasut lama dah koyak), mahu membeli kertas kajang, membeli baju baru (setahun sekali), untuk perbelanjaan setiap hari di sekolah dan banyak lagi. Kadangkala ibuku juga menggunakan duit biasiswa aku untuk membayar bil-bil rumah seperti Astro, elektrik dan sebagainya. Aku keluarkan, tapi dengan jimat. Aku tahu duit tu nanti boleh kuguna untuk menyambung pelajaran.

Pendek kata, memang semua kehendak dan kebanyakkan daripada keperluanku, aku beli dengan duit sendiri. Aku mahukan telefon bimbit, aku kerja part-time di Pasaraya Borong Sakan. Aku mahukan sniker dan kemeja yang cantik dijual di Tesco, aku guna duit gaji selama aku bekerja. Aku mahu bergaya dengan cermin mata hitam, aku beli sendiri yang murah-murah di pasar malam. Paling tak pun, di pasar lambak. Blaus dan kemeja untuk dipakai semasa keluar dengan rakan-rakan (itu pun jarang keluar) pun aku beli sendiri. Dalam 4-5 helai dah aku punya sekarang. Kawan-kawan aku pun dah tahu baju apa yang aku ada. Sudah boleh hafal.

Aku bukannya hidup sebatang kara. Aku ada ibu kandung. Aku ada adik-beradik (tiri). Ayah tak payah cakaplah. Ada ayah tiri pun aku rasa lebih baik tak ada. Tak menyumbang apa-apa pun (melainkan gangguan emosi dan perasaan). Cuma aku malas nak meminta duit daripada ibu atau adik-beradik lain yang dah bekerja. Bukan apa, tapi sememangnya peratusan untuk aku dapatkan duit daripada mereka sangat tipis. Susah nak dapat. Dua tahun lepas, yuran sekolah aku tak berbayar sampai bulan Oktober. Masa tu dah nak PMR, baru mak aku bayar. Sedangkan yuran PIBG tu hanya Rm 35. Kawan aku yang hidup lebih susah dari keluarga aku pun dah bayar dari awal tahun. Nak kata susah sangat, aku tak rasa keluarga aku susah. Sebab setiap kali dapat gaji, pasti mereka borong kain tudunglah, beg tanganlah, alat mekaplah, telefon canggihlah, sofa barulah. Macam-macam dibelinya. Tujuan? Untuk bersaing dengan rakan-rakan & jiran mereka. Nak beritahu satu kampung bahawa mereka juga berkemampuan untuk membeli barang-barang sedemikian. Tapi lepas beli, ikat perut sampai gaji seterusnya dan ulangi lagi khilaf yang sama.

Jika sudah begitu, berapa lagi yang dapat aku minta untuk diriku? Mereka pula lihat aku jenis yang tak meminta, lagilah mereka lepas pandang. Aku dapat rasakan bila aku mahu menyambung pelajaran nanti, pasti aku harus gunakan duit sendiri atau mengharapkan pinjaman semata-mata. Kakak-kakak aku dulu tak sambung belajar pun disebabkan masalah kewangan. Tiada simpanan yang dibuat. Dapat duit, habis. Aku tak nak nasib aku macam mereka, berakhir di pasaraya. Bekerja sebagai promoter & pekerja di butik pakaian. Aku mahu kejar cita-cita aku. Aku mahu hidup senang. Bukan macam sekarang, terpaksa ikat perut simpan duit belanja setiap hari untuk membeli sesuatu. Aku tak nak lagi hidup macam ni.

Memang, kadangkala hati mencemburui rakan-rakan lain. Habis SPM, mereka rancang nak rehat, duduk di rumah sampai dapat tawaran sambung belajar. Tapi aku tak boleh macam tu. Yelah, mereka orang senang. Nak sambung belajar, ibu bapa mereka boleh tanggung. Tak perlu buat pinjaman pun. Aku? Aku kena usaha dengan duit sendiri. Janganlah mengharapkan duit simpanan keluarga. Memang tiada. Malah, aku dah rancang perjalanan hidup aku selepas selesai SPM. Aku tak boleh 'rehat' di rumah. Aku kena terus cari kerja yang bergaji standard untuk menyimpan untuk perbelanjaan sekurang-kurangnya semester pertama di universiti nanti sebelum dapat bantuan pinjaman. Aku punya 5 bulan untuk kumpul wang untuk deposit motosikal (memudahkan pergerakan dari kampus ke tempat kerja nanti) dan pendaftaran serta biaya semester pertama sebelum dapat tawaran UPU (kalau dapat). Dan aku bercadang, masa belajar nanti pun aku tetap kena bekerja part-time Sabtu dan Ahad untuk tampung perbelanjaan sendiri sampai keadaan kewangan stabil. Kalau nak minta keluarga bantu beri duit belanja setiap bulan, memang taklah jawabnya.

Daripada situasi pembesaran yang begini, aku tahu aku harus usaha lebih. Tugas aku bukan belajar, tapi juga mencari sumber rezeki untuk keperluan diri sendiri. Kalau musim cuti sekolah, aku memang takkan lekat dirumah. Aku mesti akan bekerja part-time di mana-mana pasaraya yang memerlukan pekerja. Pengalaman bekerja di pasaraya yang sangat memenatkan membuatkan aku berazam untuk tidak mahu bekerja di sana lagi selepas ini. Aku mesti dapatkan pekerjaan yang setaraf dengan pelajaranku nanti dan memuaskan hatiku sendiri. Semua kulakukan demi kepuasan diri sendiri. Bukan untuk orang lain. Bagiku, ia adalah kepuasan yang harus aku berikan pada diriku setelah berhempas-pulas menyara diri untuk mencapai apa yang kumahu dan berjaya dalam hidup.

Mungkin bagi kalian yang tidak merasakan, kalian akan menyangkal prinsip aku. Tapi bagi aku yang melalui sendiri, aku sangat yakin dan percaya dengan matlamatku. Aku tahu sangat dengan keluargaku dan aku tahu sangat potensi diriku.

Isnin, 27 Mei 2013

Majlis Sunnah Impianku

Dalam kebingitan alunan muzik
Irama Melayu asli jadi pilihan
Majlis persandingan mempelai sejoli
Penuh cocok di mahligai indah
Raja sehari gelaran diberi
Harapnya berkekalan sehidup semati.

Aku di sini menjadi permerhati
Bersimpuh aku sendiri
Melayan ilham diri.

Pelbagai ragam manusia akhir zaman
Dengan pelbagai gaya sebelum kiamat
Majlis berhukum sunnah menjadi makhruh
Dek sikap segelintir yang bangga mengingkar
Tanpa silu menderhaka Tuhan.

Kuharapkan majlisku nanti ada barakah
Ada rahmat Tuhan yang mengiringi
Bukan menjadi majlis perhimpunan syaitan direjam
Bukan menjadi persinggahan iblis berangkatan
Agar masjid yang kubina berkekalan
Biar dilanda beribu kemelut
Biar dihempas ombak duniawi
Kami tetap bersama teguh
Kami tetap memadu kasih
Hingga ke akhir nafas.

Perkenankan ..

Aku Masih Di Situ

Tanpa sedar rindu itu bertamu
Menemani malam sunyiku
Tanpa diundang rasa itu mensayukanku
Rasa yang minta disuakan dua jiwaku.

Sedari renungan pertama
Mata ini masih bersenggama
Bersama wangian yang merunduk hidung
Seluruh deria tertumpu padamu
Kaku tanpa selingkuh
Sekujur tubuh ini lumpuh
Bersama bunga-bungaan hati memekar
Harum bersatu dengan waktu.

Waktu itu
Aku masih di waktu itu
Biar telah berlalu purnamaku
Biar telah berterbangan pungguk merindu
Aku masih di situ
Enggan berpaling walau hakikat menampar mimpiku
Aku masih kaku tercandu.

Aku masih di situ ..

Selasa, 21 Mei 2013

Waktu Yang Bakal Tamat

Makin dekat waktu itu
Makin aku sayanginya.

Penamatnya makin hampir
Dan aku yakin tiada lagi selepas ini
Kerna itu aku bersungguh
Menggunakan setiap waktu yang kupunya
Agar tiada sesal bakal mendatang.

Biar sekadar sekuntum senyuman biasa
Mahupun sekadar terserempak tanpa sengaja
Itu cukup membuat kubahagia
Cukup untuk senyumanku sepanjang hari dan masa.

Setiap hari semangatku kernamu
Di samping menuntut segala ilmu
Kelibatmu menjadi ganjaku
Bayangmu menjadi canduku
Tanpamu hatiku sesuram bunga layu
Tiadamu fikiranku bercelaru menggerutu.

Terdetik dihati mahu kulafazkan
Seikhlas hati sejujur rasa
Segala yang kuharap darimu
Namun kaki ini kaku setiap kali terlihatmu
Dan lidah ini kelu membeku sebaik kuhidu wangianmu.

Tidak kumahu kemelut ini berlarutan
Biar kubaiki situasi dan keadaan
Menjelaskan kesulitan dan kebenaran
Melepaskan gian yang lama tersimpan.

Kuharap waktu itu tiba tanpa ralat dan paksa
Agar kepergianku diiringi puas dan bahagia
Selaras kehendakku yang melangkaui masa ..

Kasih dan sayangku padamu Walid, melebihi apa yang kau rasa dan sedar ..

Rabu, 15 Mei 2013

Dialah Guruku

Pagi itu senyumannya hambar
Mempamerkan kepenatan semalaman
Bibir tuanya tetap mengukir senyum
Tatkala kutegur, kusapa.

Setiap kali kupandang wajahnya
Tergambar seribu kesabaran
Terlihat sejuta pengorbanan
Untuk anak bangsa, bakal khalifah dunia.

Dialah guruku,
Tidak lokek mencurah segunung ilmu
Tidak lekang mencorak sahsiah bermutu
Tanpa kenal erti lelah dan jemu
Tetap terus anak muridnya dipandu.

Dialah guruku,
Yang tetap sabar dengan bermacam karenah
Yang tetap mengajar walau sakit dan lelah
Tanpa pernah merungut mahupun resah
Khalifah terbaik memimpin ummah.

Dialah guruku,
Guru yang mengajar tulis dan bacaku
Guru yang mengajar alam dan hidupku
Guru yang tetap mengajar tanpa menghiraukan kedegilanku
Guru yang jasanya tak terbalas walau sekelumit pun olehku.

Dialah guruku,
Guru terbaikku ..

SELAMAT HARI GURU !

Isnin, 13 Mei 2013

Sempurna

"Kau begitu sempurna
Dimataku kau begitu indah
Kau membuat diriku
Akan selalu memujamu.

Disetiap langkahku
Ku akan selalu memikirkan dirimu
Tak bisa kubayangkan
Hidupku tanpa cintamu.

Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu kuhadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa.

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Sayangku kau begitu
Sempurna.."

Bait-bait lirik yang sangat menggambarkan apa yang kurasakan.
Andai dapat kulagukan lirik tersebut di hapadanmu, akan kunyanyikan dengan sepenuh hatiku buatmu.

Kau terlalu sempurna buatku.
Kau membuatkan senyuman ini tidak pernah lekang dari bibirku.
Kau membuatkan hati ini merasakan kasih sayang dan perhatianmu.
Kau menarikku untuk terus menyayangimu ..

Andai saja kau menjadi pengganti kepada arwah bapaku, akan kusayangi dan kuhormati kau seperti mana aku menyayangi dan menghormati arwah bapaku, bahkan mungkin lebih.
Kerna aku pernah merasakan kehilangan.
Oleh itu aku tidak mahu merasakannya lagi.

Cukup sekali ..

Terima kasih kali sejuta atas segala yang telah kau curahkan.
Kuhanya mampu berterima kasih.
Segalanya pasti 'kan ku titipkan dihati.

Walid ..

Ahad, 12 Mei 2013

Terima Kasih, 'Walid' !!

Syukran !

Memang pada mulanya aku langsung tak berkeinginan untuk menyertai Kejohanan Hoki Peringkat Negeri Melaka ini. Rasanya tahap kemalasan aku lebih tinggi dari keinginan dan semangat kesukananku. Namun, hari ini aku bersyukur dengan penglibatanku dalam kejohanan ini.

Bukan saja aku dapat sijil bertaraf negeri, tapi aku juga dapat meluangkan masa bersama bekas bapa angkatku, yang ku panggil Walid. Aku dapat berbual bersamanya, makan minum bersamanya, berkongsi kisah-kisah kelakar dan cerita hantu. Biarpun agak klise, tapi ia amat membahagiakan.

Terasa kembali eratnya hubungan antara anak dan bapa. Terasa kehadiran kasih sayang dan belaian seorang bapa. Sikap kebapaannya sangat terserlah pabila bersama kami. Bahkan Walid jugalah yang telah menjaga hal-hal kebajikan kami selama tournament ini berlangsung. Dibelikannya minuman bertenaga, makanan, sarapan dan sebagainya. Aku hargai!

Tapi, ini mungkin kali terakhir aku dapat bersamanya serapat dan semesra ini. Kerana tahun ini adalah tahun terakhirku di bangku sekolah. Bermakna selepas ini tiada sebab munasabah lagi untuk aku bersamanya. Apatah lagi setelah krisis aku dan isterinya. Oleh itu, aku harus menggunakan peluang yang singkat ini sebaiknya.

Ambil gambar bersama-sama, makan minum bersama-sama, berbual bersama-sama, dan pergi balik bersama-sama. Alhamdulilah, aku hargai segala pengorbanannya. Walau pun baru dua tahun di bawah jagaannya sebagai jurulatih, hal kebajikan tidak pernah menghampakan. Dia sangat prihatin terhadap kami sepasukan dan dia sangat supportive. Memang, sikap kebapaannya jelas terserlah. Aku tersentuh.

Muhd Wafiq Ibsahaj, Muhd Wazain Ibtihaj dan Muhd Waseem (tak tahu nama penuh), kalian beruntung kerna mempunyai seorang bapa yang bertanggungjawab dan sangat prihatin sepertinya. Sangat beruntung !

Harapanku, semoga dia terus bahagia bersama keluarga bahagianya dan terus menjadi jurulatih yang baik kepada pasukan St. David's High School. Dan sudah pasti, kenangan dan pengorbanannya akan kuukirkan dalam memoriku yang paling dalam dan akan selalu kuhargai.

Saaaayaaaaaannng WALID !! :')