Jumaat, 8 Februari 2013

Ibu, Emak, Mama, Mummy, Ummi, & Ayah, Bapa, Abah, Papa, Walid, Abi, Daddy ..

Pernah tak korang rasa 'sesuatu' bila emak korang buka pintu bilik & tengok korang buat kerja sekolah? Kalau tak pernah, atau korang rasa emak korang tu mengganggu korang je, maknanya korang tak 'rasa' itu. Rugi.
Aku rasa sangat bertuah kerana emak aku buka pintu bilik aku setiap hari untuk melihat apa yang aku lakukan kerana aku memang suka 'memerap' dalam bilik daripada duduk di ruang tamu atau menonton tv.
Baru sekejap tadi, emak aku buka pintu bilik aku. Aku terkejut sikitlah sebab aku tengah sedap 'landing' atas katil padahal kertas-kertas graf untuk Add Maths berselerak menunggu masa untuk disiapkan. Terus aku bangun & capai semula kertas-kertas itu sambil tersengih. Emak aku tahu aku ni anti-Maths. Dah nama pun emak, kan. Mestilah dia dah faham sangat dah perangai anak dia ni. Lalu emak melihat muka aku & berkata, "kau pun tak habis lagi buat kerja sekolah? Mata pun dah kuyu je..". Aku tersengih menjawab, "hehe. Dah salah lukis scale. Malas nak padam. Tu yang landing jap ni..".
Nasib baik emak tak berleter. Dia pun dah cukup faham aku macam mana. Walaupun masa kecil aku dibesarkan oleh nenek aku, namun dia tetap emak aku dunia & akhirat. Salah satu daripada 10 benda yang tidak boleh diubah di muka bumi ini selain jantina, adik-beradik, nama, umur & lain-lain.
Sewaktu aku kecil, aku selalu bertanya kepada nenek, "Opah, kenapa mak jarang balik tengok saya? Kenapa mak tak sayang saya?". Sekarang baru aku faham mengapa. Aku sudah mampu mengagak apa yang telah emak lakukan untuk aku sama ada tersurat mahupun tersirat.
Alhamdulillah, aku dapat juga merasakan kasih sayang seorang ibu biarpun tanpa kasih sayang dari seorang ayah. Biarpun emak aku tidak menunjukkan kasihnya, namun layanannya, keperluan yang disediakannya, duit belanja setiap hari, kebebasan bergaul yang diberikannya & kata-katanya mampu menunjukkan kasihnya lebih dari yang kumahukan. Aku bersyukur, ya rabb. Kau berikan aku seorang emak yang sangat aku sayangi. Biarpun kau telah 'ambil' ayahku sedari aku kecil, namun kau berikan aku hikmahnya yang tak terhingga. Antara hikmahnya, aku dapat hidup berdikari, aku lebih berani, lebih tabah, lebih faham 'adat dunia', lebih mengerti kasih & sayang, lebih kuat hadapi hidup, lebih matang dalam percaturan hidup & lebih taat kepada ibu bapa. InsyaAllah, aku akan terus mendoakan kedua ibu bapaku agar aku dapat menolong mereka di alam barzakh. Agar aku menjadi anak yang solehah & anak yang bakal menyejukkan perut emak yang mengandungkan ku.. InsyaAllah .. Amin, ya rabb ..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan