Sabtu, 23 Februari 2013

Sahabat

Sahabat ..
Rasanya sahabat aku adalah yang paling penting bagi aku setakat ini. Tanpa mereka, pasti aku keseorangan. Tanpa mereka, pasti aku kesunyian. Lagi pun aku tidak punya teman lelaki. Dan, walaupun tiba suatu masa nanti aku sudah punya teman lelaki juga, pasti aku tetap membutuhkan sahabatku.
Sahabat yang sentiasa bersama susah & senangku. Sahabat yang sentiasa memahamiku. Hanya itu yang kuperlu.
Ku akui, dalam hati ini tetap ada teristimewa biar pun tanpa teman lelaki, namun si dia hanya dalam dunia fantasi & anganku. Aku yang 'mencipta' dirinya 'di sisi' ku. Dalam masa yang sama, dengan cara itu juga aku dapat menutup pintu hati dari menerima cinta insan lain dalam usia semuda ini. Si dia yang aku 'ciptakan' sebagai 'kekasih gelap'ku itu juga dapat memberi perangsang kepada diriku dalam kehidupan di samping dorongan keluarga.
Oleh itu, jelas sekali di sini aku tetap menitikberatkan insan-insan yang bergelar 'sahabat' untuk terus berada di sampingku, mengharungi suka dukaku & membimbing saat jatuh bangunku. Alhamdulillah, setelah sepencarian ini, aku telah dapat membezakan mana satu sahabat yang boleh kuharapkan & mana satu sahabat yang hanya berpura-pura boleh diharapkan. Aku tahu itu. Cuma bagi aku, tidak perlulah aku jelaskannya di sini. Cukup sekadar aku 'kenali' mereka saja. Mereka yang sentiasa memikul beban bersama di bahu masing-masing.
Aku pun tidak tahu mengapa tiba-tiba aku mahu menuliskan hal ini di medium ini. Mungkin kerana aku mendengar lagu baru Najwa Latif ft. Syam Kamarul & Sleeq, Sahabat kot. Tapi percayalah, memang aku sayangkan sahabat-sahabatku. Cuma aku kurang menunjukkan kasih itu kepada mereka. Tapi jika mereka betul-betul mengenali aku, mereka tahu bagaimana aku 'luahkan' rasa kasih itu kepada mereka. Aku dengan caraku .. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan