Jumaat, 8 Februari 2013

Mimpi

Korang mesti pernah bermimpi, kan? Takkanlah tak pernah, mesti pernah. Tapi korang perasan tak, setiap kali korang bermimpi, sebenarnya korang dalam keadaan 'lumpuh'? Lumpuh sementara iaitu ketika bermimpi sahaja. Apabila sedar dari mimpi, keadaan kembali seperti asal. Tapi ia akan membuat korang tak boleh bergerak & hanya memerhati keadaan (dalam mimpi). Dan korang tahu tak bahawa mimpi ini boleh dikawal?
Aku pun taklah mahir sangat soal mimpi ni, tapi aku pernah terbaca dalam sebuah naskhah yang mengatakan mimpi boleh dikawal! Kita sebenarnya boleh kawal apa yang kita lakukan dalam mimpi kita sewaktu tidur. Nak tahu caranya? Ok, kebiasaannya kita mesti akan fikirkan sesuatu yang kita mahukan sebelum kita tidur, kan? Atau pun sesuatu yang kita risaukan. Oleh itu, jika kita hendak bermimpikan sesuatu itu, kita hanya perlu memikirkan apa yang kita mahukan terjadi dalam mimpi kita sebelum kita tertidur. Tapi kebiasaannya, mimpi yang akan kita alami adalah mimpi melakukan benda yang terlarang. Misalnya, seorang lelaki yang dilarang merokok akan bermimpi dia menghisap rokok dan perempuan yang mencintai suami orang akan bermimpi indah atau mimpi bersama dengannnya. Ini contoh sahaja, ya. Oleh itu, kita akan dapat melakukan perkara yang dilarang di dalam mimpi & kita akan dapat menikmati perkara terlarang itu di dalam mimpi meskipun hanya sementara.
Selain hal ini, mimpi kita juga selalunya mempunyai tema seperti sekolah, rakan-rakan, percintaan, hubungan keluarga, & macam-macam lagi. Bergantung pada apa yang kita telah lalui pada hari tersebut & hari-hari sebelumnya. Kita juga mesti pernah bermimpi terbang, jatuh dari tempat tinggi, makan, menjalinkan hubungan seks, berlari sekuat hati tetapi lambat, orang yang masih hidup tetapi meninggal dunia, melihat orang tak dikenali, orang ramai, orang yang tidak dapat dilihat wajahnya, bermimpi di tempat pelik, kejar-mengejar, perkara yang bakal berlaku & banyak lagi. Mimpi-mimpi ini terjadi dalam alam mati sementara & kita selalunya akan hanya mengingati 10% daripada mimpi yang kita alami. 99% manusia tidak akan ingat bagaimana keseluruhan mimpinya & ada yang tidak ingat langsung. Namun hakikatnya, kita pasti akan bermimpi setiap kali kita tidur. Bahkan, orang yang buta juga akan dapat melihat di dalam mimpi mereka. Mereka akan dapat merasai nikmat penglihatan di dalam mimpi mereka biarpun hanya untuk sementara. Mungkin melalui mimpi jugalah mereka membayangkan rupa bentuk setiap apa yang ada di sekeliling mereka. Anugerah dariNya.
Ada sesetengahnya yang mengatakan apabila kita bermimpi kita berjumpa dengan seseorang, itu bermakna roh kita telah pergi berjumpa dengan roh orang yang kita jumpa di dalam mimpi itu tadi. Hal ini pula tidak dapat dipastikan. Wallahu'alam.
Apa yang pasti setiap dari kita pasti bermimpi apabila tidur, cuma kita ingat atau tidak sahaja..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan