Jumaat, 1 Februari 2013

Hanya Diri Kita, Bukan Orang Lain

Petang tadi, macam biasalah. Ada latihan hoki. Walaupun sebelum ini latihan hanya diadakan pada hari Selasa, namun disebabkan Selasa lepas coach ada hal lain, terpaksalah tunda latihan ke hari ini.
Pada mulanya memang aku excited. I'm too eager for todays training. Just to see him nearly. Tapi, walaupun aku dapat jumpa dia secara lebih dekat dari biasa, aku tak dapat apa yang aku harapkan. I thought he'll treat me like how he did last week. Tapi tak!
Minggu ni dia seperti tidak kisah pula pada aku. Aku ada buat salah ke? Atau dia tak suka aku bersikap terlalu 'riang'? Entah, aku pun tak tahu sebenarnya. Pada pendapat aku, mungkin dia begitu sebab dia rasa aku dah kembali ok dengannya. So, dia nak buat macam biasalah. Tapi itu adalah apa yang aku rasa. Entah betul entah tidak. Just some assumption.
Kalau minggu lepas, dia banyak memanggil namaku untuk dipertanggungjawabkan ke atas sesuatu aktiviti yang mahu dilakukannya. Tapi sebaliknya minggu ini. Dia lebih bergantung harap kepada pemain lain. Mungkin disebabkan minggu lepas kapten tidak hadir, aku yang dia percayakannya. Jadi apabila kapten sudah menghadirkan diri, dia pun mula bergantung semulalah kepada kaptennya. Semua ini kemungkinan saja. Aku tidak mengatakan ia dengan bersungguh. Aku juga tidak menyalahkan kapten pasukan aku kerana memang ini semua tanggungjawabnya untuk memimpin pasukan. Dah nama pun kapten kan, mestilah selalu diharapkan oleh coach untuk membantu pemain baru yang belum mantap skillnya.
Aku pula tidaklah mengharapkan hanya diriku yang diharapkannya. Mungkin aku hanya mahu perhatian darinya. Aku mahu dia memanggil namaku dengan penuh harapan untuk aku membantunya. Biarlah apapun yang disuruhnya, pasti akan kulakukan sebaik mungkin semata-mata untuknya. Kalau dah sayang, mestilah sanggup berkorban apa saja, bukan?
Kadang-kadang aku terfikir, kenapalah aku selalu mengharap kepada orang yang tak sepatutnya? Kenapa aku selalu saja menyayangi orang yang salah? Tapi ini semua mungkin akan lebih mematangkan aku. Pengalaman mengajar aku agar aku akan lebih tahu apa yang perlu aku lakukan pada masa depan sekiranya hal ini terjadi lagi. Pada waktu itu, pasti aku akan dapat mengelakkan diri aku & orang yang aku sayangi daripada terjebak dalam masalah seperti ini. Kerana aku memegang kata-kata, 'jangan pernah menyesal mengenali seseorang itu kerna ia pasti telah memberikan pengalaman hidup kepadamu biarpun sedikit'. Pengalaman yang sedikit inilah yang aku sematkan dihati agar aku tidak mengulangi kesilapan yang sama.
Setakat ini, biarpun baru menginjak usia 17 tahun, aku telah mampu untuk menasihati rakan-rakanku yang meminta nasihatku dalam masalah yang dihadapi mereka. Tak kiralah masalah itu berkenaaan rakan-rakan, percintaan, agama mahupun keluarga. Aku hanya memberikan pendapat yang aku rasakan paling bernas & yang patut dilakukan mereka berdasarkan pengalaman aku yang telah mengenali bermacam-macam jenis manusia sepanjang hidupku yang masih setahun jagung ini. Namun seperti biasalah, menasihati orang lebih senang daripada melakukannya apabila terjadi kepada diri sendiri. Jelas sekali disini, dalam hidup ini kita memerlukan teman untuk berkongsi suka & duka. Teman yang akan menyimpan setiap rahsia & aib. Teman yang sentiasa membetulkan langkahku pabilaku tersasar. Teman yang sejati hingga ke mati. Teman yang masih kucari dalam hidupku. Pencarian yang masih belum kutemukan. Walaupun tidak kunafikan ada segelintir daripada rakan-rakanku yang mempunyai sikap sebegitu, namun aku masih lagi ragu. Ragu untuk mempercayai setiap ungkapannya. Ragu kerana takut menyusahkannya. Maklumlah, aku sendiri tak mahu susah, apatah lagi orang lain. Pasti mereka tidak mahu dibebankan dengan masalah kita.
Masalah kita, bila dipandang oleh orang lain mungkin mereka menganggapnya sesuatu yang remeh atau mereka menganggap kita sengaja mahu menarik perhatian agar dikasihani orang. Kerana bagi mereka yang tidak merasai apa yang kita lalui, pasti tiada apa yang perlu dirisaukan. Tetapi jika mereka sendiri melalui apa yang kita lalui, baru mereka tahu apa sebenarnya yang kita fikirkan. Apa sebenarnya yang kita risaukan. Dan apa sebenarnya yang kita mahukan. Segalanya akan terungkap sendiri pada mereka. Tatkala itu barulah mereka akan tercari-cari jalan penyelesaian. Besar kemungkinan mereka juga akan melakukan apa yang kita lakukan semasa kita melaluinya dulu. Oleh itu, kita tak boleh nak berpendapat bahawa hanya kita yang mempunyai masalah. Orang lain mungkin tidak mengerti namun kita sendiri yang harus mengerti permasalahan kita sebelum mengharapkan orang lain memahaminya kerana hanya diri kita yang tahu apa sebenarnya yang kita lalui ..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan