Jumaat, 1 Februari 2013

Sekarang ni, walaupun aku tahu yang aku tak layak, tapi aku tetap merasakan bahawa dialah yang mampu membuat aku tersenyum. Dia mampu membuat aku tersenyum walaupun aku dirundum sepi & pelbagai masalah. Sememangnya dia, Mr. Perfect.
Hari ini, tepat jam 9.21pm tadi, adalah hari ulangtahun perkahwinannya bersama isterinya tercinta. Sudah 5 tahun berlalu. Masa yang berlalu bagai tidak sedar sudah 5 tahun juga aku 'mengenali'nya.
Aku suka melihat dia melayan kanak-kanak. Dia sukakan kanak-kanak. Layanannya terhadap kanak-kanak amat menyentuh hatiku. Tapi, biarpun dia masih belum punya anak, dia tetap tidak menyalahkan isterinya. Dia tetap menyayangi isterinya seperti mula-mula mereka berkenalan. SubhanAllah .. Alangkah indahnya kehidupan berumahtangga bersamanya. Mendapat suaminya sempurna dari segi sikap, sifat & ilmunya. Bertuah sungguh isterinya.
Pada pendapat aku, mereka memang sesuai bersama. Mereka kelihatan sungguh cocok sekali berjalan berpegangan tangan. Bagaikan pasangan kekasih yang baru saja bercinta. Sedangkan perkenalan itu telah berlaku 15 tahun yang lalu!
"Ya Allah, kau lindungilah rumahtangganya daripada sebarang masalah yang akan meruntuhkannya. Tambahkanlah kasih sayang dalam jiwa mereka & berikanlah mereka rezeki yang melimpah-ruah serta zuriat yang soleh & solehah.."
Disini ingin kujelaskan, memang dialah Mr. Perfect dalam hidupku setakat ini. Namun itu tidak bermakna aku ingin merampasnya dari isterinya. Cuma aku menyayanginya dari kejauhan. Aku ingin sekali melihatnya bahagia di samping isterinya yang tercinta & aku ingin sekali melihat cahaya matanya yang pertama. InsyaAllah, rezeki Allah pasti ada. Aku bahagia apabila dia bahagia. Dan aku juga akan merasa sedih jika dia bersedih. Jadi janganlah ada di antara kalian yang berani membuatnya sedih. Kerana disebabkan itu, kalian akan berdepan denganku..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan