Isnin, 4 Mei 2015

29th of April

29 April, semalam. Semalam yang penuh perasaan. Aku bahagia kerana dapat membahagiakan orang yang aku sayangi. Aku bahagia melihatnya tersenyum gembira. Aku bahagia menghabiskan masa bersamanya.

Semalam aku telah menghabiskan banyak masa bersamanya. Tempoh berjumpa yang paling lama sejak aku mengenalinya setahun yang lepas. Semalam merupakan kali ketiga kami keluar bersama sejak kami berkawan. Semalam kali pertama menonton wayang bersama, filem Avengers: Age of Ultron. 

Aku bahagia membahagiakannya. Aku tak kisah orang kata hanya aku yang bersusah-susah, padahal dia tidak berasa apa-apa. Aku tak kisah, sebab aku lakukannya seikhlas hati. Aku tak harapkan dia membalas jasa dan perasaan yang aku berikan. Janji dia gembira, itupun sudah cukup membahagiakan aku. Aku suka melihat dia tersenyum. Dia menghargainya.

Sejujurnya, aku tak berapa khusyuk menonton Avengers semalam, kerana aku berasa sangat bahagia bila duduk di sebelahnya. Apabila dia menghulurkan minuman dan popcorn, ketika dia fokus menonton setiap scene, aku terasa begitu dekat dengannya. Terasa ingin sahaja aku merenungnya tanpa menghiraukan filem yang sedang ditayangkan. Waktu dia menahan kesejukkan air-cond di dapam panggung, waktu dia sesekali menguap, waktu dia tergelak menonton scene kelakar Robert Downey Jr dan Chris Hemsworth, semuanya baru bagiku. Pertama kalinya aku merasa begitu dekat. 

Aku melihat dia dari sudut berbeza. Melihat dia sebagai Khairul Firdaus yang biasa, bukan sebagai En. Khairul Firdaus si teller bank Islam. Dia lebih humble, lebih santai dan kelihatan lebih rileks. Aku sukakannya. Biarpun pakaiannya tidak segah mana, hanya bersandal, berseluar trek dan bertshirt hitam lusuh. Itupun tidak mengganggu rasaku terhadapnya. Aku sukakannya bukan kerana pakaian atau luarannya, tetapi dirinya. Dirinya itu yang membuatkan aku lebih selesa.

Ya, memang sukar untuk aku memahaminya. Tetapi aku sedang berusaha, dan dia juga sedang berusaha mengenaliku dengan lebih dalam. Kami saling mengenali, atas dasar kawan. Walaupun aku sayang dan cintakannya, aku lebih bersikap defensive. Tahankan dahulu segala yang tak pasti, utamakan apa yang perlu aku kecapi terlebih dahulu. Dalam masa yang sama, aku tetap memberi seluruh perhatian dan kasih sayang secukupnya kepada dia. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Prinsip itu aku pegang. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan