Jumaat, 19 Jun 2015

Kau Sempurna

Kau kata rambut kau 'messy'
Tak mengapa, aku sukakannya.
Kau kata badan kau mulai gemuk
Tak mengapa, aku rasa ia normal.
Kau kata baju kau nampak besar
Tak mengapa, ia masih sempurna.
Kau kata suara kau tak sedap
Tak mengapa, aku suka mendengarnya.

Aku sukakan setiap apa yang kau punya
Aku tak pernah merungut
Aku bersyukur seadanya.

Kini aku merindukannya
Setiap satu darinya
Segala yang kau punya
Dalam sedar atau tidak
Kau sempurna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan