Apa yang diterbitkan di sini tidaklah segah sasterawan negara, tidak pula setanding para pujangga. Hanya beberapa bingkisan dari hati yang mahu berkongsi rasa.
Titsan jernih itu mengalir Bukan dari mata, Namun langit legam. Bukan dari telaga, Namun kumulonimbus sarat.
Halus, kasar kemudiannya Menitik, bukan lagi mengalir Kejauhannya halus dilihat Di dekatnya keras tamparan lekat.