Apa yang diterbitkan di sini tidaklah segah sasterawan negara, tidak pula setanding para pujangga.
Hanya beberapa bingkisan dari hati yang mahu berkongsi rasa.
Khamis, 5 September 2013
Renyai
Titsan jernih itu mengalir
Bukan dari mata,
Namun langit legam.
Bukan dari telaga,
Namun kumulonimbus sarat.
Halus, kasar kemudiannya
Menitik, bukan lagi mengalir
Kejauhannya halus dilihat
Di dekatnya keras tamparan lekat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan