Khamis, 11 Jun 2015

Maaf, Saya Tersilap

Maaf,
Saya salah orang rupanya.

Saya fikir, awaklah orang tu,
Tapi saya silap.
Saya salah orang lagi.

Tak sangka,
Saya bayangkan macam-macam dengan awak.
Ceria, bahagia, hidup bersama, harmoni tanpa duka.
Tapi, awak bukan orangnya.

Tidak mengapalah,
Mungkin sampai di sini saja.

Maafkan saya kerana mengganggu
Maafkan saya, sering menunggu
Maafkan saya, menyusahkan selalu.

Ingat pesan terakhir ini,
Berbahagialah, jangan ada duka
Sihatlah, jangan pernah luka
Senyumlah, jangan kata dusta
Jikalau rindu, datanglah,
Pintu itu tak pernah tak buka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan