Selasa, 5 Ogos 2014

Teruskanlah Kegembiraan Itu

Semalam gembira betul kita, kan ?

Kau yang mulanya datang hanya untuk menghantar laptop, akhirnya terlarut lepak. Dari pukul 8 hingga pukul 11 malam. Kau bercerita, bergurau & ketawa tanpa henti. Gembira sungguh.

Aku suka bila kau ketawa senang, bila kau seronok mengenakan aku, bila kau semangat bercerita, bila kau mula tunjuk nakal, bila kau ceria denganku, bila kau sihat wal'afiat selalu. Aku suka.

Terasa bahagia bila kau di sisi, terasa selamat bila kau menemani & terasa indah bila kau tersenyum manis.

Mahuku hanyalah kau terus begitu.
Terus ceria, bahagia, sihat & senyum selalu.
Jangan ada duka, jangan ada luka.
Teruslah senang begitu.
Teruslah mengubat rinduku.
Teruslah menjadi nyawaku.

InsyaAllah, alhamdulillah. 




Selasa, 3 Jun 2014

Tunjuklah

Aku masih lagi menduga
Masih mahu mencuba.

Aku mahu lihat
Bagaimana kau ceria bila di sisimu aku berada
Bagaimana kau cemburu bila yang lain cuba menggoda
Bagaimana kau marah bila kesihatanku tak terjaga
Bagaimana kau prihatin bila diriku dilanyak jelata 
Bagaimana kau rindu bila lama tidak bersua
Bagaimana kau manja bila nakalmu mula bersahaja
Bagaimana kau kasih bila kita berdua bersama
Bagaimana kau sayang bila kita mulai menjaga
Bagaimana kau cinta bila kuluah yang terbuku di dada
Dan
Bagaimana kau usaha untuk menjadikan aku yang teristimewa.

Tunjukkan.
Buktikan.
Aku mahukannya.

Sabtu, 31 Mei 2014

Apa Yang Kau Takut Dengan Hujan?

Apa yang kau takut dengan hujan?

Kala hadirnya kau meneduh
Kala hadirnya kau mengeluh.

Apa yang kau takut dengan hujan?

Titisannya suci kau anggap kotor
Padahal dingin airnya juga yang kau teguk.

Apa yang kau takut dengan hujan?

Hadirnya kau mengeluh
Perginya jua kau mengeluh.

Apa yang kau takut dengan hujan?

Belajarlah untuk bersyukur
Turunnya hujan adalah untuk menyubur
Bumi gersang yang kian uzur.

Selasa, 27 Mei 2014

Mengufuk

Kau tahu
Saat hati dia ini kontang.

Tak perlu lagi kau datang
Dia tak mahu serbi berdendang
Apa yang tinggal hanya kecundang
Yang hirisnya nyata dijulang-sayang.

Kau tahu
Saat hati dia mengempis.

Jangan kau curah likat manis
Nilai tiada dalam tiap tangis
Apa dikata segalanya hamis
Kosong sajakan dia renjis.

Kau tahu
Saat hati dia ini bisa dibentuk.

Kau yang dia tunggu teruk
Gembira mahunya jika kau memujuk
Hargai olehnya buat kau tiap lekuk
Hilang sayang bagai lama dirasuk.

Ya,
Saat hati dia ini bisa dibentuk
Kau pula lagi jauh mengufuk.

Sabtu, 10 Mei 2014

Jangan Angkuh

Sejak kita 'perang dingin' hari tu, kita macam dah jauh. Ya, memang kita dah berbaik. Tapi aku rasa macam lain. Tak macam selalu. Kenapa ya ? 
Kau tak suka aku lagi ? Kau tak suka cara aku ? Atau kau dah mula bosan dengan aku ? Kau memang ada yang lain ? Ke, kau tak nak berkawan dengan budak sekolah ?
Kadang-kadang kau datang rapat sangat cari aku. Lepas tu kau lari jauh-jauh sampai aku tak nampak kau lagi. Kau memang macam tu ke ? Aku nak tanya, kau ada apa-apa perasaan tak terhadap aku ? Aku yakin kau tahu aku sukakan kau. Atau sebab tu kau rasa kau tak perlu risau ? Sebab aku memang tunggu kau ? 
Menunggu bukan selamanya. Ada batas dan hadnya. Aku memang bersungguh. Macam-macam aku dah usahakan. Tapi kalau terus macam ni, sesiapa pun akan menyerah kalah. 
Jangan terlalu bajet, poyo, angkuh atau berlagak. Setiap dari kita ni tiada yang sempurna. Kelemahan ada di mana-mana. Sentiasa terlihat kelemahan kita. Kalau tersembunyi pun, hanya kerana Allah swt tidak membuka aib kita. Jika Dia buka, nescaya tak terperi rendahnya kita.