Sahabat ..
Rasanya sahabat aku adalah yang paling penting bagi aku setakat ini. Tanpa mereka, pasti aku keseorangan. Tanpa mereka, pasti aku kesunyian. Lagi pun aku tidak punya teman lelaki. Dan, walaupun tiba suatu masa nanti aku sudah punya teman lelaki juga, pasti aku tetap membutuhkan sahabatku.
Sahabat yang sentiasa bersama susah & senangku. Sahabat yang sentiasa memahamiku. Hanya itu yang kuperlu.
Ku akui, dalam hati ini tetap ada teristimewa biar pun tanpa teman lelaki, namun si dia hanya dalam dunia fantasi & anganku. Aku yang 'mencipta' dirinya 'di sisi' ku. Dalam masa yang sama, dengan cara itu juga aku dapat menutup pintu hati dari menerima cinta insan lain dalam usia semuda ini. Si dia yang aku 'ciptakan' sebagai 'kekasih gelap'ku itu juga dapat memberi perangsang kepada diriku dalam kehidupan di samping dorongan keluarga.
Oleh itu, jelas sekali di sini aku tetap menitikberatkan insan-insan yang bergelar 'sahabat' untuk terus berada di sampingku, mengharungi suka dukaku & membimbing saat jatuh bangunku. Alhamdulillah, setelah sepencarian ini, aku telah dapat membezakan mana satu sahabat yang boleh kuharapkan & mana satu sahabat yang hanya berpura-pura boleh diharapkan. Aku tahu itu. Cuma bagi aku, tidak perlulah aku jelaskannya di sini. Cukup sekadar aku 'kenali' mereka saja. Mereka yang sentiasa memikul beban bersama di bahu masing-masing.
Aku pun tidak tahu mengapa tiba-tiba aku mahu menuliskan hal ini di medium ini. Mungkin kerana aku mendengar lagu baru Najwa Latif ft. Syam Kamarul & Sleeq, Sahabat kot. Tapi percayalah, memang aku sayangkan sahabat-sahabatku. Cuma aku kurang menunjukkan kasih itu kepada mereka. Tapi jika mereka betul-betul mengenali aku, mereka tahu bagaimana aku 'luahkan' rasa kasih itu kepada mereka. Aku dengan caraku .. :)
Apa yang diterbitkan di sini tidaklah segah sasterawan negara, tidak pula setanding para pujangga. Hanya beberapa bingkisan dari hati yang mahu berkongsi rasa.
Sabtu, 23 Februari 2013
Sahabat
Selasa, 19 Februari 2013
Happy Birthday, Mr. Perfect !!
Hari ini adalah hari yang paling istimewa! Sebab hari ni adalah hari kelahiran Mr. Perfect yang ke 33 tahun!
Alhamdulillah, dia semakin sembuh & kembali pulih dari kecederaan semasa stunt filem Gila Baby tu. Aku harap lepas ni dia akan sentiasa sihat & sentiasa dalam lindunganNya.
Tahun ini, walaupun pada keseluruhannya bukanlah aku yang pertama, namun di fanpagenya aku merupakan post yang pertama mengucapkan 'Selamat Hari Lahir' padanya! Aku sangat gembiralah kerana dapat menjadi orang pertama walaupun hanya di fanpage nya saja. Itu sudah cukup memadai bagi aku.
Aku rasa, orang yang pertama wish dia adalah rakannya, Faisal Mustaffa(2hari sebelum), kedua adalah fans (10.11am, sehari sebelum), ketiga juga fans (10.15pm, sehari sebelum) keempat merupakan isteri beliau yang wish pada jam 11.14pm (sehari sebelum) & yang kelima adalah .... AKU !!
Aku wish dia pada tepat jam 12.00am, 19 Feb!
Sanggup aku berjaga hingga ke lewat malam semalam biarpun mata ni dah mengantuk sangat dah. Tapi aku gagahi juga semata-mata untuk wish dia. Ada 6 gambar yang aku editkan sempena hari lahirnya telah aku upload di fanpage, twitter & instagram. Semuanya kulakukan serentak tepat selepas jam 12.00am. Jadi aku memang puas hati. Penantian aku berbaloi.
Lagi satu, tadi aku cuba beranikan diri minta alamat rumah daripada abangnya di facebook. Aku berniat mahu menghantar hadiah hari jadi kepadanya melalui abangnya. Walaupun abangnya selalu chatting denganku di facebook, tetapi aku masih malu untuk memintanya. Namun, aku tebalkan muka & cuba minta. Tak kusangka, abangnya memberikan keizinan & memberikan alamat rumah dirinya sendiri kepadaku untuk kuposkan hadiah itu nanti! Alhamdulillah, ya rabb. Kau telah permudahkan segalanya buatku. Segala puji hanyalah bagimu, Tuhanku yang Maha Memahami.
Mulai esok, aku mahu mula survey barang yang mahu kuhadiahkan itu. Bajet aku dalam lingkungan Rm150. Aku rasa cukup kot membelikan yang terbaik untuknya. InsyaAllah, aku mahu cari yang terbaik agar dia menyukainya & menghargainya nanti .. Subhanallah! Walhamdulillah!
Oklah, ini saja untuk kali ni, jumpa lagi nanti ok ..
Khamis, 14 Februari 2013
Jeritan Batinku!
Kali ni aku nak kongsi dengan korang pasal Dia. Dia yang aku sayang & aku cinta sangat-sangat biar pun dari jauh.
Aku selalu stalk profile Dia di laman sosial, cari namanya di google, kerat gambarnya untuk simpanan peribadi. Tapi tempoh hari aku dapat tahu Dia injured sebab terjatuh semasa bekerja. Di dahinya berparut. Dia mengatakan hanya sedikit luka & dia tak kisah. Tapi aku tetap risau!
Tak sampai seminggu, aku dapat tahu dia terjatuh dari motorsikal yang dia tunggang semasa bekerja. Lutut, tangan, dagu & kepalanya berdarah disebabkan kemalangan itu. Aku bertambah risau. Tak pernah kurasakan serisau ini. Aku tak mampu nak ucapkan apa-apa bila melihat gambar-gambar lukanya. Aku tergamam!
Aku rasa macam nak pergi kepadanya, peluk dirinya, tanya keadaan dirinya & sapukan ubat pada lukanya. Teruk! Tapi Dia kata "sikit je, tak apa. Baru puas". Tolonglah, Dia tak tahu apa yang aku rasakan bila tengok dia macam tu. Dia merasa puas bila kerjanya selesai biar pun dirinya tercedera. Tolonglah. Aku tak nak Dia macam tu. Aku nak Dia jaga diri Dia sebaik mungkin & utamakan kesihatan diri. Itu lebih penting dari kepuasan yang Dia kejarkan.
Aku juga nak Dia kasihankan orang yang tersayang yang selalu merisaukan dirinya disebabkan ke'beranian'nya melaksanakan tugas.
Ya Allah, aku tidak berhak untuk menghalang kerjayanya. Namun aku minta kepadaMu, Engkau sembuhkanlah Dia, ya rabb. Engkau berikanlah Dia kesihatan yang baik. Engkau peliharalah Dia daripada kecelakaan & marabahaya. Engkau lindungilah Dia dari segala keburukan. Agar Dia sentiasa selamat, sihat & bahagia. Sesungguhnya Kaulah Tuhan yang Maha Mengetahui & Maha Berkuasa. KepadaMu aku berserah.. :'(
Jumaat, 8 Februari 2013
Mimpi
Korang mesti pernah bermimpi, kan? Takkanlah tak pernah, mesti pernah. Tapi korang perasan tak, setiap kali korang bermimpi, sebenarnya korang dalam keadaan 'lumpuh'? Lumpuh sementara iaitu ketika bermimpi sahaja. Apabila sedar dari mimpi, keadaan kembali seperti asal. Tapi ia akan membuat korang tak boleh bergerak & hanya memerhati keadaan (dalam mimpi). Dan korang tahu tak bahawa mimpi ini boleh dikawal?
Aku pun taklah mahir sangat soal mimpi ni, tapi aku pernah terbaca dalam sebuah naskhah yang mengatakan mimpi boleh dikawal! Kita sebenarnya boleh kawal apa yang kita lakukan dalam mimpi kita sewaktu tidur. Nak tahu caranya? Ok, kebiasaannya kita mesti akan fikirkan sesuatu yang kita mahukan sebelum kita tidur, kan? Atau pun sesuatu yang kita risaukan. Oleh itu, jika kita hendak bermimpikan sesuatu itu, kita hanya perlu memikirkan apa yang kita mahukan terjadi dalam mimpi kita sebelum kita tertidur. Tapi kebiasaannya, mimpi yang akan kita alami adalah mimpi melakukan benda yang terlarang. Misalnya, seorang lelaki yang dilarang merokok akan bermimpi dia menghisap rokok dan perempuan yang mencintai suami orang akan bermimpi indah atau mimpi bersama dengannnya. Ini contoh sahaja, ya. Oleh itu, kita akan dapat melakukan perkara yang dilarang di dalam mimpi & kita akan dapat menikmati perkara terlarang itu di dalam mimpi meskipun hanya sementara.
Selain hal ini, mimpi kita juga selalunya mempunyai tema seperti sekolah, rakan-rakan, percintaan, hubungan keluarga, & macam-macam lagi. Bergantung pada apa yang kita telah lalui pada hari tersebut & hari-hari sebelumnya. Kita juga mesti pernah bermimpi terbang, jatuh dari tempat tinggi, makan, menjalinkan hubungan seks, berlari sekuat hati tetapi lambat, orang yang masih hidup tetapi meninggal dunia, melihat orang tak dikenali, orang ramai, orang yang tidak dapat dilihat wajahnya, bermimpi di tempat pelik, kejar-mengejar, perkara yang bakal berlaku & banyak lagi. Mimpi-mimpi ini terjadi dalam alam mati sementara & kita selalunya akan hanya mengingati 10% daripada mimpi yang kita alami. 99% manusia tidak akan ingat bagaimana keseluruhan mimpinya & ada yang tidak ingat langsung. Namun hakikatnya, kita pasti akan bermimpi setiap kali kita tidur. Bahkan, orang yang buta juga akan dapat melihat di dalam mimpi mereka. Mereka akan dapat merasai nikmat penglihatan di dalam mimpi mereka biarpun hanya untuk sementara. Mungkin melalui mimpi jugalah mereka membayangkan rupa bentuk setiap apa yang ada di sekeliling mereka. Anugerah dariNya.
Ada sesetengahnya yang mengatakan apabila kita bermimpi kita berjumpa dengan seseorang, itu bermakna roh kita telah pergi berjumpa dengan roh orang yang kita jumpa di dalam mimpi itu tadi. Hal ini pula tidak dapat dipastikan. Wallahu'alam.
Apa yang pasti setiap dari kita pasti bermimpi apabila tidur, cuma kita ingat atau tidak sahaja..
Ibu, Emak, Mama, Mummy, Ummi, & Ayah, Bapa, Abah, Papa, Walid, Abi, Daddy ..
Pernah tak korang rasa 'sesuatu' bila emak korang buka pintu bilik & tengok korang buat kerja sekolah? Kalau tak pernah, atau korang rasa emak korang tu mengganggu korang je, maknanya korang tak 'rasa' itu. Rugi.
Aku rasa sangat bertuah kerana emak aku buka pintu bilik aku setiap hari untuk melihat apa yang aku lakukan kerana aku memang suka 'memerap' dalam bilik daripada duduk di ruang tamu atau menonton tv.
Baru sekejap tadi, emak aku buka pintu bilik aku. Aku terkejut sikitlah sebab aku tengah sedap 'landing' atas katil padahal kertas-kertas graf untuk Add Maths berselerak menunggu masa untuk disiapkan. Terus aku bangun & capai semula kertas-kertas itu sambil tersengih. Emak aku tahu aku ni anti-Maths. Dah nama pun emak, kan. Mestilah dia dah faham sangat dah perangai anak dia ni. Lalu emak melihat muka aku & berkata, "kau pun tak habis lagi buat kerja sekolah? Mata pun dah kuyu je..". Aku tersengih menjawab, "hehe. Dah salah lukis scale. Malas nak padam. Tu yang landing jap ni..".
Nasib baik emak tak berleter. Dia pun dah cukup faham aku macam mana. Walaupun masa kecil aku dibesarkan oleh nenek aku, namun dia tetap emak aku dunia & akhirat. Salah satu daripada 10 benda yang tidak boleh diubah di muka bumi ini selain jantina, adik-beradik, nama, umur & lain-lain.
Sewaktu aku kecil, aku selalu bertanya kepada nenek, "Opah, kenapa mak jarang balik tengok saya? Kenapa mak tak sayang saya?". Sekarang baru aku faham mengapa. Aku sudah mampu mengagak apa yang telah emak lakukan untuk aku sama ada tersurat mahupun tersirat.
Alhamdulillah, aku dapat juga merasakan kasih sayang seorang ibu biarpun tanpa kasih sayang dari seorang ayah. Biarpun emak aku tidak menunjukkan kasihnya, namun layanannya, keperluan yang disediakannya, duit belanja setiap hari, kebebasan bergaul yang diberikannya & kata-katanya mampu menunjukkan kasihnya lebih dari yang kumahukan. Aku bersyukur, ya rabb. Kau berikan aku seorang emak yang sangat aku sayangi. Biarpun kau telah 'ambil' ayahku sedari aku kecil, namun kau berikan aku hikmahnya yang tak terhingga. Antara hikmahnya, aku dapat hidup berdikari, aku lebih berani, lebih tabah, lebih faham 'adat dunia', lebih mengerti kasih & sayang, lebih kuat hadapi hidup, lebih matang dalam percaturan hidup & lebih taat kepada ibu bapa. InsyaAllah, aku akan terus mendoakan kedua ibu bapaku agar aku dapat menolong mereka di alam barzakh. Agar aku menjadi anak yang solehah & anak yang bakal menyejukkan perut emak yang mengandungkan ku.. InsyaAllah .. Amin, ya rabb ..