2012 merupakan satu tahun yang penuh dengan segala suka & duka, tangis & tawa, dan cita & cinta. Segalanya bersatu membentuk satu tahun yang mengumpulkan pelbagai kisah pahit, manis, jerih, perih & getir kehidupan.
Tak kunafikan, aku bersyukur kerana aku masih bernafas pada saat ini, hari ini, & tanggal ini, 1/1/13. Alhamdulillah, udara 2013 telah kuhela selembut sutera. Jni juga bermakna, aku perlu meneruskan perjuanganku dalam kehidupan, keluarga, karier & cita untuk merealisasikan impianku. InsyaAllah akan kulakukan yang terbaik..
Di samping itu, aku juga akan tetap mendoakan insan tersayang agar mereka terus dilimpahi rahmat & rezeki dari Tuhanku yang Maha Pemurah.. Termasuklah ibuku, adik-beradik, sahabat, rakan seperjuangan, & tidak lupa, insan yang memberi seribu kekuatan, Nurkusyairy Zakuan bin Osman, Razizan Abd Razak, Muhd Yazid Lim, Hazama Ahmad Azmi & Norazlan Roslee atas pengajaran hidup & hiburan yang diberikannya.. Alhamdulillah & InsyaAllah, akan kuterus menyokong perjuangan kalian dam industri seni negara.. Amin..
2013, be good, be safe, & be kind to me, please.. :)
Apa yang diterbitkan di sini tidaklah segah sasterawan negara, tidak pula setanding para pujangga. Hanya beberapa bingkisan dari hati yang mahu berkongsi rasa.
Isnin, 31 Disember 2012
2013
Selasa, 25 Disember 2012
Harga Sebuah Pengalaman
Selama sebulan setengah aku bekerja di Pasaraya Borong Sakan untuk mengisi cuti hujung tahun ni, aku telah banyak mendapatkan pengalaman & pengajaran baru.
Paling aku tidak boleh lupa sekali adalah keeratan hubungan kekeluargaan sesama staf & majikan di sana. Setiap hari bagaikan keluarga yang sudah lama bersama biarpun ada yang baru mengenali antara satu sama lain & terkadang ada yang terkecil hati dengan sikap & gurauan masing-masing. Namun ia bagai menambahrapatkan silaturahim yang terbina meski sekejap.
Pengalaman menjadi cashier, melayan kerenah pelanggan yang mengunjungi premis, dan tidak lupa juga pengalaman diserbu oleh pihak penguasa tempatan kerana tiada lesen untuk meletakkan barangan di kaki lima juga merupakan sesuatu yabg baru bagiku. Alhamdulillah, nampaknya aku semakin matang dalam pencarian hidup yang menggetarkan jiwa ini.
Ternyata pengalaman ini pasti tidak kudapatkan andai aku hanya duduk goyang kaki dirumah tanpa berbuat apa-apa. Berbaloi rasanya aku berpenat lelah mencari wang hasil titik peluh sendiri daripada mengharapkan ibu aku yang berhempas pulas setiap hari memberikan aku wang belanja.
Ternyata memang aku hargai segala apa yang telah kukerjakan..
Isnin, 24 Disember 2012
Kenangan di Konsert Jelajah AJL 27
Kenangan menyaksikan konsert Jelajah AJL 27 di Melaka Mall semalam memang kenangan yang tidak dapat dilupakan. Ini kerana aku dapat bersua muka dengan Azlan & Hazama! Dua jejaka yang mempunyai kekuatan vokal yang sangat mantap!
Walaupun di sana tiada Beto Kusyairy, pelakon kegilaan aku itu, namun aku tetap gembira dapat melihat persembahan yang memukau dari finalis AJL yang ke 27 kali ini. Syukur ke hadratNya, dapat juga aku menyaksikan mereka dengan mata kepala aku sendiri. Memang, ia suatu perasaan yang tidak dapat diungkapkan melalui kata-kata mahupun gambaran minda.
Tidak mahu melepaskan peluang, aku sanggup merelakan Azlan & Hazama untuk menandatangan di atas casing telefon bimbit kesayangan aku ini. Makin sayanglah aku pada gajet ku ini. Segala video dan gambar-gambar pada sekitar Jelajah AJL 27 ini pasti kusimpan dan kujaga rapi.
Akulah peminat tegar Norazlan Roslee, Hazama Ahmad Azmi dan tidak lupa juga pada pelakon kegilaanku, Beto Kusyairy & pelawak kebanggaanku, JoZan.. :D
Khamis, 20 Disember 2012
Antara Dua
Aku sebenarnya tak tahu antara dia orang kawan aku. Seorang ni kawan baik dah lama dah.. Yang seorang ni baru kenal kat tempat kerja, baik tapi banyak hal.
Aku kawan dengan dua-dua. Aku baik dengan dua-dua. Tapi kadang-kadang aku tersepit di antara mereka. Tersepit bila mereka berkelahi, mereka saling memburukkan & menindaskan sesama sendiri.
Kehendak Rasa
Semakin hari berlalu, semakin aku sayang nak tinggalkan tempat ni. Bukan tempat ni, tapi orang-orang di dalamnya. Mereka yang banyak bersamaku sepanjang sebulan lebih aku bercuti. 12 jam setiap hari aku bekerjasama dengan mereka. Pasti kan kurindukan keletah & ragam mereka kelak.
Terdetik dihati mahu terus bekerja, namun diriku juga memerlukan ruang untuk berehat. Diriku juga memerlukan masa untuk diriku sendiri. Tambahan pula, aku tidak mahu terus berada dalam pelbagai konflik & permasalahan yang berlaku di sini. Ia bagai menambahberatkan aku untuk ikhlas bekerja di sini.
Memang sarat, sungguh sarat di sini. Bukan setakat dengan masalah ku sendiri, tapi dengan pelbagai permasalahan antara staff lain & yang 'lain-lain'.
Mungkin memang aku patut berhenti hujung minggu ni. Memang patut, memang aku patut. Tapi selagi tiada apa yang mampu merubah pendirian ini. InsyaAllah..