Selasa, 29 April 2014

Comel

Kau nak tahu kenapa aku sukakan kau?
Kau tahu macam mana aku boleh jatuh hati pada kau?
Sebab kau ni kadang-kadang comel sangat.

Kau ego.
Tapi ego kau tu buat kau jadi comel.
Bila kau cemburu tapi kau tak mengaku,
Bila kau suka tapi kau buat-buat menyampah,
Bila kau cuba nak tarik perhatian aku,
Bila kau buat perangai nakal kau,
Bila kau buli aku,
Bila kau sakat aku,
Bila kau gelakkan aku..

Semua tu comel.
Sebab tu aku cakap kau ni comel.
Comel dari segi perangai & muka seposen kau tu. Haha!

Isnin, 28 April 2014

Selamat Hari Lahir, Sayang.

Selamat Hari Lahir, Sayang.

Hari ini hari bertuahmu
Kelahiranmu ke dunia 25 tahun yang lalu
Dari rahim ibumu
Ke dunia penuh liku.

Hari ini hari lahirmu
Mohon daku kau pelihara dirimu
Biar sihat ceria selalu
Biar aku tak risau terlalu.

Hari ini hari istimewa buatmu
Sekali dalam setahun
Meningkat umur tahun demi tahun
Kematangan menyisip mempengaruhi budi tutur.

Hari ini hari bahagiamu
Aku cuba sedaya upayaku
Menggembirakan hatimu
Dengan semua yang kumampu
Hanya untuk kau terharu.

Hari ini 29 April tarikh keramatmu
Moga menjadi sebahagian memoir terindah dalam hidupmu.
Amin. 

Ahad, 27 April 2014

Berdebu !

Berdebu !
Berhabuk !
Berbulan tak berusik
Berbulan tak berupdate.

Tapi kini aku kembali
Kembali berdiri
Kembali menulis puisi
Kembali mencicip ilham diri
Kembali di alam maya ini.

Salam kembali !

Jumaat, 7 Februari 2014

Sebu

Ada satu rasa
Rasa di leher, di dada
Rasa sebu menjalar dalam.
Saat kau kata kau harus pergi
Saat aku tersenyum pura
Saat aku melihat akhir bayangmu.

Saat itu, lemah rasanya.

Jangan pergi!
Jangan pergi!
Ku tak ingin sendiri.

Rabu, 5 Februari 2014

Lainnya Hari Ini

Hari ini terasa lainnya
Hari ini terasa sepinya
Bila kutahu kau tiada
Bila jauh kau berada.

Harapku kau hadir
Impiku kau datang
Menyembuh rindu dan pilu
Mengukir senyum di bibirku.

Aku duduk sendirian di sini
Di tempat yang semalamnya kau duduki
Di tempat yang selalunya kita ketawa mengekek
Di tempat ini, tempat kita.