Pernah tak korang rasa 'sesuatu' bila emak korang buka pintu bilik & tengok korang buat kerja sekolah? Kalau tak pernah, atau korang rasa emak korang tu mengganggu korang je, maknanya korang tak 'rasa' itu. Rugi.
Aku rasa sangat bertuah kerana emak aku buka pintu bilik aku setiap hari untuk melihat apa yang aku lakukan kerana aku memang suka 'memerap' dalam bilik daripada duduk di ruang tamu atau menonton tv.
Baru sekejap tadi, emak aku buka pintu bilik aku. Aku terkejut sikitlah sebab aku tengah sedap 'landing' atas katil padahal kertas-kertas graf untuk Add Maths berselerak menunggu masa untuk disiapkan. Terus aku bangun & capai semula kertas-kertas itu sambil tersengih. Emak aku tahu aku ni anti-Maths. Dah nama pun emak, kan. Mestilah dia dah faham sangat dah perangai anak dia ni. Lalu emak melihat muka aku & berkata, "kau pun tak habis lagi buat kerja sekolah? Mata pun dah kuyu je..". Aku tersengih menjawab, "hehe. Dah salah lukis scale. Malas nak padam. Tu yang landing jap ni..".
Nasib baik emak tak berleter. Dia pun dah cukup faham aku macam mana. Walaupun masa kecil aku dibesarkan oleh nenek aku, namun dia tetap emak aku dunia & akhirat. Salah satu daripada 10 benda yang tidak boleh diubah di muka bumi ini selain jantina, adik-beradik, nama, umur & lain-lain.
Sewaktu aku kecil, aku selalu bertanya kepada nenek, "Opah, kenapa mak jarang balik tengok saya? Kenapa mak tak sayang saya?". Sekarang baru aku faham mengapa. Aku sudah mampu mengagak apa yang telah emak lakukan untuk aku sama ada tersurat mahupun tersirat.
Alhamdulillah, aku dapat juga merasakan kasih sayang seorang ibu biarpun tanpa kasih sayang dari seorang ayah. Biarpun emak aku tidak menunjukkan kasihnya, namun layanannya, keperluan yang disediakannya, duit belanja setiap hari, kebebasan bergaul yang diberikannya & kata-katanya mampu menunjukkan kasihnya lebih dari yang kumahukan. Aku bersyukur, ya rabb. Kau berikan aku seorang emak yang sangat aku sayangi. Biarpun kau telah 'ambil' ayahku sedari aku kecil, namun kau berikan aku hikmahnya yang tak terhingga. Antara hikmahnya, aku dapat hidup berdikari, aku lebih berani, lebih tabah, lebih faham 'adat dunia', lebih mengerti kasih & sayang, lebih kuat hadapi hidup, lebih matang dalam percaturan hidup & lebih taat kepada ibu bapa. InsyaAllah, aku akan terus mendoakan kedua ibu bapaku agar aku dapat menolong mereka di alam barzakh. Agar aku menjadi anak yang solehah & anak yang bakal menyejukkan perut emak yang mengandungkan ku.. InsyaAllah .. Amin, ya rabb ..
Apa yang diterbitkan di sini tidaklah segah sasterawan negara, tidak pula setanding para pujangga. Hanya beberapa bingkisan dari hati yang mahu berkongsi rasa.
Jumaat, 8 Februari 2013
Ibu, Emak, Mama, Mummy, Ummi, & Ayah, Bapa, Abah, Papa, Walid, Abi, Daddy ..
Selasa, 5 Februari 2013
'Malas nak mampus' ?? Aku atau kau?!
Kesabaran aku tetap ada batasnya!
Korang bayangkan, anak dia sendiri pun malas nak buat kerja sekolah dia, dia nak cakap aku ni MALAS NAK MAMPUS sebab tak tolong anak-anak dia buat kerja sekolah?! Ajar tu bolehlah, takkan nak buatkan? Sampai bila dia nak belajar macam tu? Aku pulak macam tak ada kerja sekolah? Anak kau tu je yang ada kerja sekolah?
Eh, tolonglah! Engkau yang sebenarnya patut ajar anak kau tau! Bukannya aku! Bukannya aku yang selama ni kau carutkan, aku yang selama ni kau maki, & aku yang kau dera secara seksualiti ni! Ingat sikit, kau tu bukannya rajin sangat pun!
Anak kau tu pun sebenarnya dah terbiasa kerja sekolah dia mak aku yang buatkan. Dimanjakan sangat! Sampai dah tak nak buat sendiri. Semuanya nak orang buatkan. Aku dulu tak ada siapa pun yang tolong buatkan kerja sekolah aku. Aku cuma minta tolong ajar saja. Selebihnya aku buat sendiri. Mana tak jadi macam tu, dah bapaknya sendiri pun malas, apatah lagilah anak-anaknya. Lagipun, mana nak tumpah kuah kalau bukan ke nasi kan? Bapak pemalas, nak suruh anak-anak rajin? Tak payahlah ..
Kau makan pun harap apa yang ada je, bukannya nak bagi anak-anak kau makan! Dah tahu mak aku tak sempat nak masak, kau belilah apa-apa untuk anak-anak kau makan! Ni tidak! Boleh pulak kau buat maggi untuk isikan perut kau seorang tu. Macam tu kau nak cakap orang lain 'malas nak mampus'? Kalau kau pun pemalas, jirus kencing kau sendiri pun tak sampaikan bilik air tu tiap-tiap kali lepas kau masuk mesti hancing, tak payahlah kau nak sindir aku ni pemalas. Belakang mak aku bolehlah kau nak sindir bagai, depan dia kau tak berani pulak?!
Entahlah korang, aku sebenarnya dah banyak kali cuba tahan. Aku sebenarnya tak hamak pun nak tulis pasal jantan tua tu dalam blog aku ni. Tapi aku perlukan 'seseorang' untuk 'dengar' perasaan aku sekarang ni. Dengan adanya medium ni, dapatlah aku berkongsi sedikit sebanyak apa yang aku rasa. Yelah, budak tak berbapak, macam nilah.
'Anak yang tiada berbapa jarang yang tidak luka jiwanya sampai ke besar..' , aku selalu dengar kata-kata ni.
Dugaan demi dugaan diberiNya, mungkin kerna Dia tahu aku mampu untuk melaluinya. Lagi besar dugaan, lagi besar kasih sayang kepada hambaNya yang sentiasa bergantung kepadaNya. Seberapa panas hati sekalipun, bacaan surah Yassin & surah Qursi sudah pastinya mampu untuk menenangkan amarah. Amarah yang cuba 'digembar-gemburkan' oleh syaitan yang direjam. InsyaAllah, cuma perlu terus bergantung kepadaNya di samping usaha keras.
Tekad aku cuma satu, aku mahu ubah kehidupan aku dan emak aku. Aku tidak mahu tinggal dalam rumah ni lebih lama lagi. Aku mahu kerja, kumpul duit & beli rumah baru. Aku nak bawa emak aku sekali keluar dari rumah ini. Jantan tua tu? Jangan harap kau nak jejak pun. Dia pernah halau aku dulu, tapi mak aku yang tak benarkan. Sekarang aku rasa wajarlah aku berbuat begini. Dan semoga semuanya di pihak ku.. Amin, ya rabb ..
Jumaat, 1 Februari 2013
Sekarang ni, walaupun aku tahu yang aku tak layak, tapi aku tetap merasakan bahawa dialah yang mampu membuat aku tersenyum. Dia mampu membuat aku tersenyum walaupun aku dirundum sepi & pelbagai masalah. Sememangnya dia, Mr. Perfect.
Hari ini, tepat jam 9.21pm tadi, adalah hari ulangtahun perkahwinannya bersama isterinya tercinta. Sudah 5 tahun berlalu. Masa yang berlalu bagai tidak sedar sudah 5 tahun juga aku 'mengenali'nya.
Aku suka melihat dia melayan kanak-kanak. Dia sukakan kanak-kanak. Layanannya terhadap kanak-kanak amat menyentuh hatiku. Tapi, biarpun dia masih belum punya anak, dia tetap tidak menyalahkan isterinya. Dia tetap menyayangi isterinya seperti mula-mula mereka berkenalan. SubhanAllah .. Alangkah indahnya kehidupan berumahtangga bersamanya. Mendapat suaminya sempurna dari segi sikap, sifat & ilmunya. Bertuah sungguh isterinya.
Pada pendapat aku, mereka memang sesuai bersama. Mereka kelihatan sungguh cocok sekali berjalan berpegangan tangan. Bagaikan pasangan kekasih yang baru saja bercinta. Sedangkan perkenalan itu telah berlaku 15 tahun yang lalu!
"Ya Allah, kau lindungilah rumahtangganya daripada sebarang masalah yang akan meruntuhkannya. Tambahkanlah kasih sayang dalam jiwa mereka & berikanlah mereka rezeki yang melimpah-ruah serta zuriat yang soleh & solehah.."
Disini ingin kujelaskan, memang dialah Mr. Perfect dalam hidupku setakat ini. Namun itu tidak bermakna aku ingin merampasnya dari isterinya. Cuma aku menyayanginya dari kejauhan. Aku ingin sekali melihatnya bahagia di samping isterinya yang tercinta & aku ingin sekali melihat cahaya matanya yang pertama. InsyaAllah, rezeki Allah pasti ada. Aku bahagia apabila dia bahagia. Dan aku juga akan merasa sedih jika dia bersedih. Jadi janganlah ada di antara kalian yang berani membuatnya sedih. Kerana disebabkan itu, kalian akan berdepan denganku..
Hanya Diri Kita, Bukan Orang Lain
Petang tadi, macam biasalah. Ada latihan hoki. Walaupun sebelum ini latihan hanya diadakan pada hari Selasa, namun disebabkan Selasa lepas coach ada hal lain, terpaksalah tunda latihan ke hari ini.
Pada mulanya memang aku excited. I'm too eager for todays training. Just to see him nearly. Tapi, walaupun aku dapat jumpa dia secara lebih dekat dari biasa, aku tak dapat apa yang aku harapkan. I thought he'll treat me like how he did last week. Tapi tak!
Minggu ni dia seperti tidak kisah pula pada aku. Aku ada buat salah ke? Atau dia tak suka aku bersikap terlalu 'riang'? Entah, aku pun tak tahu sebenarnya. Pada pendapat aku, mungkin dia begitu sebab dia rasa aku dah kembali ok dengannya. So, dia nak buat macam biasalah. Tapi itu adalah apa yang aku rasa. Entah betul entah tidak. Just some assumption.
Kalau minggu lepas, dia banyak memanggil namaku untuk dipertanggungjawabkan ke atas sesuatu aktiviti yang mahu dilakukannya. Tapi sebaliknya minggu ini. Dia lebih bergantung harap kepada pemain lain. Mungkin disebabkan minggu lepas kapten tidak hadir, aku yang dia percayakannya. Jadi apabila kapten sudah menghadirkan diri, dia pun mula bergantung semulalah kepada kaptennya. Semua ini kemungkinan saja. Aku tidak mengatakan ia dengan bersungguh. Aku juga tidak menyalahkan kapten pasukan aku kerana memang ini semua tanggungjawabnya untuk memimpin pasukan. Dah nama pun kapten kan, mestilah selalu diharapkan oleh coach untuk membantu pemain baru yang belum mantap skillnya.
Aku pula tidaklah mengharapkan hanya diriku yang diharapkannya. Mungkin aku hanya mahu perhatian darinya. Aku mahu dia memanggil namaku dengan penuh harapan untuk aku membantunya. Biarlah apapun yang disuruhnya, pasti akan kulakukan sebaik mungkin semata-mata untuknya. Kalau dah sayang, mestilah sanggup berkorban apa saja, bukan?
Kadang-kadang aku terfikir, kenapalah aku selalu mengharap kepada orang yang tak sepatutnya? Kenapa aku selalu saja menyayangi orang yang salah? Tapi ini semua mungkin akan lebih mematangkan aku. Pengalaman mengajar aku agar aku akan lebih tahu apa yang perlu aku lakukan pada masa depan sekiranya hal ini terjadi lagi. Pada waktu itu, pasti aku akan dapat mengelakkan diri aku & orang yang aku sayangi daripada terjebak dalam masalah seperti ini. Kerana aku memegang kata-kata, 'jangan pernah menyesal mengenali seseorang itu kerna ia pasti telah memberikan pengalaman hidup kepadamu biarpun sedikit'. Pengalaman yang sedikit inilah yang aku sematkan dihati agar aku tidak mengulangi kesilapan yang sama.
Setakat ini, biarpun baru menginjak usia 17 tahun, aku telah mampu untuk menasihati rakan-rakanku yang meminta nasihatku dalam masalah yang dihadapi mereka. Tak kiralah masalah itu berkenaaan rakan-rakan, percintaan, agama mahupun keluarga. Aku hanya memberikan pendapat yang aku rasakan paling bernas & yang patut dilakukan mereka berdasarkan pengalaman aku yang telah mengenali bermacam-macam jenis manusia sepanjang hidupku yang masih setahun jagung ini. Namun seperti biasalah, menasihati orang lebih senang daripada melakukannya apabila terjadi kepada diri sendiri. Jelas sekali disini, dalam hidup ini kita memerlukan teman untuk berkongsi suka & duka. Teman yang akan menyimpan setiap rahsia & aib. Teman yang sentiasa membetulkan langkahku pabilaku tersasar. Teman yang sejati hingga ke mati. Teman yang masih kucari dalam hidupku. Pencarian yang masih belum kutemukan. Walaupun tidak kunafikan ada segelintir daripada rakan-rakanku yang mempunyai sikap sebegitu, namun aku masih lagi ragu. Ragu untuk mempercayai setiap ungkapannya. Ragu kerana takut menyusahkannya. Maklumlah, aku sendiri tak mahu susah, apatah lagi orang lain. Pasti mereka tidak mahu dibebankan dengan masalah kita.
Masalah kita, bila dipandang oleh orang lain mungkin mereka menganggapnya sesuatu yang remeh atau mereka menganggap kita sengaja mahu menarik perhatian agar dikasihani orang. Kerana bagi mereka yang tidak merasai apa yang kita lalui, pasti tiada apa yang perlu dirisaukan. Tetapi jika mereka sendiri melalui apa yang kita lalui, baru mereka tahu apa sebenarnya yang kita fikirkan. Apa sebenarnya yang kita risaukan. Dan apa sebenarnya yang kita mahukan. Segalanya akan terungkap sendiri pada mereka. Tatkala itu barulah mereka akan tercari-cari jalan penyelesaian. Besar kemungkinan mereka juga akan melakukan apa yang kita lakukan semasa kita melaluinya dulu. Oleh itu, kita tak boleh nak berpendapat bahawa hanya kita yang mempunyai masalah. Orang lain mungkin tidak mengerti namun kita sendiri yang harus mengerti permasalahan kita sebelum mengharapkan orang lain memahaminya kerana hanya diri kita yang tahu apa sebenarnya yang kita lalui ..
Senyuman Rinduku yang Terhalang
Tersenyum aku sendiri malam ini. Bertemankan lagu-lagu dari playlist telefon bimbit yang aku tetapkan sendiri. Senyumku memikirkan apalah yang akan kujalani pada hari esok kerana esok ku akan bersua muka dengannya untuk latihan hoki pada sebelah petang.
Ku akui, ada kalanya aku kurang selesa apabila berada berhampiran dengannya. Namun ku akui juga, aku mahukan dia untuk memberi perhatian lebih kepadaku. Bukanlah hendak menyuruhnya bersikap pilih kasih, namun aku mengharapkan agar dia mesra & tidak janggal pabila bersamaku.
Sikap profesional amat diperlukan terutamanya dalam keadaan ku yang seperti ini. Hatiku berasa seperti dihiasi rimbunan renek yang rendang menyejukkan setiap kali dia memanggil namaku. Terasa bagaikan suatu keselesaan yang tidak dapat kugambarkan! Aku bersyukur dia masih sudi menjernihkan keadaan ini. Aku sangat-sangat menghargainya. Aku juga sangat menghargai layanan baiknya yang semakin meningkat dari hari ke hari selepas insiden SMS itu. Alhamdulillah .. Syukran ya Allah ..
Malam ini akan kulelapkan mata ini dengan harapan esok akan lebih membahagiakan ku & semua. InsyaAllah .. Selamatkan malam, jom? :)