Isnin, 31 Disember 2012

2013

2012 merupakan satu tahun yang penuh dengan segala suka & duka, tangis & tawa, dan cita & cinta. Segalanya bersatu membentuk satu tahun yang mengumpulkan pelbagai kisah pahit, manis, jerih, perih & getir kehidupan.
Tak kunafikan, aku bersyukur kerana aku masih bernafas pada saat ini, hari ini, & tanggal ini, 1/1/13. Alhamdulillah, udara 2013 telah kuhela selembut sutera. Jni juga bermakna, aku perlu meneruskan perjuanganku dalam kehidupan, keluarga, karier & cita untuk merealisasikan impianku. InsyaAllah akan kulakukan yang terbaik..
Di samping itu, aku juga akan tetap mendoakan insan tersayang agar mereka terus dilimpahi rahmat & rezeki dari Tuhanku yang Maha Pemurah.. Termasuklah ibuku, adik-beradik, sahabat, rakan seperjuangan, & tidak lupa, insan yang memberi seribu kekuatan, Nurkusyairy Zakuan bin Osman, Razizan Abd Razak, Muhd Yazid Lim, Hazama Ahmad Azmi & Norazlan Roslee atas pengajaran hidup & hiburan yang diberikannya.. Alhamdulillah & InsyaAllah, akan kuterus menyokong perjuangan kalian dam industri seni negara.. Amin..
2013, be good, be safe, & be kind to me, please.. :)

Selasa, 25 Disember 2012

Harga Sebuah Pengalaman

Selama sebulan setengah aku bekerja di Pasaraya Borong Sakan untuk mengisi cuti hujung tahun ni, aku telah banyak mendapatkan pengalaman & pengajaran baru.
Paling aku tidak boleh lupa sekali adalah keeratan hubungan kekeluargaan sesama staf & majikan di sana. Setiap hari bagaikan keluarga yang sudah lama bersama biarpun ada yang baru mengenali antara satu sama lain & terkadang ada yang terkecil hati dengan sikap & gurauan masing-masing. Namun ia bagai menambahrapatkan silaturahim yang terbina meski sekejap.
Pengalaman menjadi cashier, melayan kerenah pelanggan yang mengunjungi premis, dan tidak lupa juga pengalaman diserbu oleh pihak penguasa tempatan kerana tiada lesen untuk meletakkan barangan di kaki lima juga merupakan sesuatu yabg baru bagiku. Alhamdulillah, nampaknya aku semakin matang dalam pencarian hidup yang menggetarkan jiwa ini.
Ternyata pengalaman ini pasti tidak kudapatkan andai aku hanya duduk goyang kaki dirumah tanpa berbuat apa-apa. Berbaloi rasanya aku berpenat lelah mencari wang hasil titik peluh sendiri daripada mengharapkan ibu aku yang berhempas pulas setiap hari memberikan aku wang belanja.
Ternyata memang aku hargai segala apa yang telah kukerjakan..

Isnin, 24 Disember 2012

Kenangan di Konsert Jelajah AJL 27

Kenangan menyaksikan konsert Jelajah AJL 27 di Melaka Mall semalam memang kenangan yang tidak dapat dilupakan. Ini kerana aku dapat bersua muka dengan Azlan & Hazama! Dua jejaka yang mempunyai kekuatan vokal yang sangat mantap!
  Walaupun di sana tiada Beto Kusyairy, pelakon kegilaan aku itu, namun aku tetap gembira dapat melihat persembahan yang memukau dari finalis AJL yang ke 27 kali ini. Syukur ke hadratNya, dapat juga aku menyaksikan mereka dengan mata kepala aku sendiri. Memang, ia suatu perasaan yang tidak dapat diungkapkan melalui kata-kata mahupun gambaran minda.
   Tidak mahu melepaskan peluang, aku sanggup merelakan Azlan & Hazama untuk menandatangan di atas casing telefon bimbit kesayangan aku ini. Makin sayanglah aku pada gajet ku ini. Segala video dan gambar-gambar pada sekitar Jelajah AJL 27 ini pasti kusimpan dan kujaga rapi.
   Akulah peminat tegar Norazlan Roslee, Hazama Ahmad Azmi dan tidak lupa juga pada pelakon kegilaanku, Beto Kusyairy & pelawak kebanggaanku, JoZan.. :D

Khamis, 20 Disember 2012

Antara Dua

Aku sebenarnya tak tahu antara dia orang kawan aku. Seorang ni kawan baik dah lama dah.. Yang seorang ni baru kenal kat tempat kerja, baik tapi banyak hal.
Aku kawan dengan dua-dua. Aku baik dengan dua-dua. Tapi kadang-kadang aku tersepit di antara mereka. Tersepit bila mereka berkelahi, mereka saling memburukkan & menindaskan sesama sendiri.

Kehendak Rasa

Semakin hari berlalu, semakin aku sayang nak tinggalkan tempat ni. Bukan tempat ni, tapi orang-orang di dalamnya. Mereka yang banyak bersamaku sepanjang sebulan lebih aku bercuti. 12 jam setiap hari aku bekerjasama dengan mereka. Pasti kan kurindukan keletah & ragam mereka kelak.
Terdetik dihati mahu terus bekerja, namun diriku juga memerlukan ruang untuk berehat. Diriku juga memerlukan masa untuk diriku sendiri. Tambahan pula, aku tidak mahu terus berada dalam pelbagai konflik & permasalahan yang berlaku di sini. Ia bagai menambahberatkan aku untuk ikhlas bekerja di sini.
Memang sarat, sungguh sarat di sini. Bukan setakat dengan masalah ku sendiri, tapi dengan pelbagai permasalahan antara staff lain & yang 'lain-lain'.
Mungkin memang aku patut berhenti hujung minggu ni. Memang patut, memang aku patut. Tapi selagi tiada apa yang mampu merubah pendirian ini. InsyaAllah..

Isnin, 17 Disember 2012

Mengintai Langit

Setiap hariku tulis
Yang Ku telah jatuh cinta
Tapi ku rasa bersalah
Tidak ku nyatakan padamu.
Adakah engkau merasa
Apa yang sedang kurasa
Kepada tancap asmara
Harapnya kau dah terima

Maafkan aku kerna menyintamu
Maaf jikaku tak padan denganmu
Tapi ku berjanji
Kau juwita hati
Akan ku jaga hingga akhir nanti
Maafkan aku terus memujamu
Maaf aku yang terlanjur merindu
Didalam hujan renyai
Aku mengintai langit
Mengharap engkau akan setuju
Menyintai aku.

Menyanyi dan bisikkanlah sayang
Baiknya kau dalam jiwa
Tak tahan rasanya menanggung
asmara
Agar dapatku lelapkan mata.
Mengkhayalkanmu,
bermimpikanmu sepanjang
malamku.

Gelap malam mengundang rinduku

Dalam kegelapan malam ni, terbayang semula kenangan lama. Kenangan waktu aku ditenggelamkan oleh paradoks yang menindas.
Terbayang juga segala senyum tawa.
Terbayang segalanya.
Tapi, aku rindu sebenarnya. Rindu pada yang salah. Entah bila aku akan rindu pada yang sebenar-benarnya layak, aku pun tak tahu. Setiap kali merindui, aku sedar ia bukan milikku. Meski ia disisiku, namun aku tetap rindu. Kerna ia hanya disisiku, bukan milikku semutlaknya.
Memang, aku bersyukur ia masih disisi biarpun bukan milikku. Sekurang-kurangnya aku masih mampu melihatnya dari jauh. Sekurang-kurangnya aku tahu ia selamat & tidak apa-apa.
Oleh itu, aku tetap bersyukur ke hadrat-Nya. Dia yang Maha Memahami & Maha Mengasihani. Alhamdulillah, ya Rabb..
Namun aku bermohon kepadaMu agar Kau memberikan ku kekuatan untuk menghadapi semua ini & seorang insan kamil yang benar-benar untukku suatu hari nanti.. InsyaAllah..

Selasa, 11 Disember 2012

Aku Diehard Fan BETO KUSYAIRY!

Aku rasa pada yang mengenali aku, mesti diaorang tahu yang aku ni gilakan sangat dengan aktor berkarakter, Beto Kusyairy ni. Hehe, bukan nak over ke apa, tapi aku memang tak dapat nak bendung rasa minat yang mendalam gila ni pada dia. Haha! Dengar macam lawak, tapi memang hakikatnya aku obseskan si pemilik nama Nurkusyairy Zakuan Osman ni!

Adalah jugak kawan-kawan yang tahu pasal benda ni cakap dwngan aku, yang aku ni terlalu obses. Semua benda yang berkaitan dengannya, mesti aku nak tahu & nak ambil peduli. Penyokong tetaplah katakan. Siap ada 'Diehard Fan' lagi kat akhir setiap post di wall beliau.

Tapi aku pun tak tahu macam mana aku boleh minat gila pada jejaka 32 tahun (2012) ni. Sampaikan akaun twitter & facebook wifey & abang dia pun aku still keep-in-touch. Memang kipas susah matilah kan. Dahlah tu, setiap kali ada karya beliau di mana-mana saluran media elektronik, mesti aku akan tonton. Pernah sekali aku terlepas, air mata mengalir, doh! Hehe.. Sedih tak dapat tengok punya pasal..

K, laa, ni ada satu kolaj gambar-gambar 'hot' beliau aku sertakan. Yang paling cunlah ni. Hehe, nak copy boleh, tapi follow k.. Haha! Gurau jer..

Kalau korang nak kenal lebih dalam lagi Beto, bolehlah follow akaun twitter & Instagram beliau, @Beto_Kusyairy dan akaun fanpage, Beto Kusyairy atau akaun isteri beliau, Tisha Shahar.

*DiehardFan* BETO KUSYAIRY